Kebaikan Dan Keburukan Memuji Anak

Puji-pujian kepada anak baik untuk membentuk keyakinan diri. Namun begitu, ibubapa perlu meneliti bentuk pujian yang diberikan. Bukan kedekut dengan pujian yang tidak memerlukan modal, tapi, cara pujian itu diberi perlu dikaji.

Anak yang sering dipuji akan takut kepada kegagalan. Maklumlah, sentiasa di puji sebagai cerdik dan pandai. Jika gagal, mestilah takut digelarkan bodoh pula.

Di sinilah pentingnya cara memuji. Anak perlu dipuji untuk membangkitkan keyakinan diri. Namun, jika pujian tidak berpijak di bumi yang nyata, ia akan memberikan kesan sebaliknya.

Contoh mudah : apabila anak pandai membaca. Jangan dipuji bahawa anak itu memang lahirnya sudah bijak pandai. Sebaliknya, ingatkan dia bahawa dulu dia tidak pandai membaca. Namun disebabkan gigihnya dia berusaha, maka sekarang dia telah pandai membaca. Dengan itu, anak akan sedar bahawa usaha kerasnya yang telah membuatkan dia pandai.

Jika anak menyertai pertandingan, semestinya kecewa jika mengalami kekalahan. Namun, peranan ibubapa untuk mengingatkan anak kenapa dia kalah. Usahanya masih belum kuat. Ataupun, peserta lain berusaha dengan lebih kuat. Dengan itu, kita dapat salurkan tenaga kekecewaan anak kepada sesuatu yang lebih positif. Berikan galakkan kepada anak untuk terus berusaha.

Bayangkan manisnya kejayaan jika dapat dikecap setelah berusaha tanpa mengenal erti jemu. Sentiasalah memuji anak di atas segala effort yang telah dilakukan. Sentiasa kaitkan usaha dengan kejayaan agar anak sentiasa bersemangat menghadapi cabaran.

Semoga puji-pujian yang diberikan mendatangkan kebaikan kepada anak.

6 comments:

  1. Replies
    1. Kena berhati-hati. Silap cara, mmg bahaya

      Delete
  2. puji biar kena pada tempatnya dan berpada-pada...

    ReplyDelete
  3. Saya pun setuju dgn kekdah ni.. Dlm teknik ajar anak mmg kena prakrikkan bila sesuai.. Dlm kls pun sama, jgn kedekut nk puji anak2 murid...

    ReplyDelete
  4. puji biar kena tempat dan cara...kang lebih2x jd len plak..hihihi

    ReplyDelete
  5. anak2 sukakan pujian,selalu puji je, sbb tak tahu cmna nak kaji cara pujian tu.hehe

    ReplyDelete