Fear Factor Selebriti Malaysia

Fear Factor Selebriti Malaysia merupakan satu siri yang diadaptasikan daripada program antarabangsa Fear Factor kini di Malaysia. Siri ini bersiaran pada jam 9.00 malam setiap Sabtu di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134).


Kekuatan siri ini bukan hanya bersandarkan kepada pengacara sasa yang mempunyai ramai peminat di Malaysia iaitu pelakon popular Aaron Aziz tetapi 30 orang peserta selebriti yang ditampilkan juga mempunyai aura tersendiri. Tarikan lain siri ini adalah lokasi penggambaran – Cape Town, Afrika Selatan.


Sebenarnya bagi 30 peserta selebriti, cabaran di dalam Fear Factor Selebriti Malaysia ini telah bermula sebelum penggambaran dijalankan. Berada jauh daripada keluarga  di bumi asing yang panas membahang untuk bersaing juga merupakan satu cabaran. Terpisah di perantauan semata-mata untuk bersaing dan melawan ketakutan. Dan ketakutan yang paling dalam adalah di dalam diri sendiri, iaitu membenarkan peminat melihat, mengetahui dan menilai ketakutan mereka di dalam satu program realiti.

Pemilihan pengacara popular dan 30 orang selebriti daripada pelbagai cabang seni ini sendiri adalah satu faktor X yang penting bagi siri ini. Selalunya peminat melihat peserta di dalam keadaan yang terkawal – dengan skrip. Ini adalah peluang untuk melihat mereka dengan sisi berbeza. Yang dipertandingkan bukanlah rupa, vokal atau lakonan tetapi yang menjadi pertaruhan di sini adalah kekuatan fizikal dan mental. Kebijakkan peserta bakal teruji kerana selain memerlukan semangat yang kental, kerjasama erat dalam pasukan, mereka juga harus bijak merancang dan melaksanakan strategi. Dengan strategi yang betul, peserta yang dianggap paling lemah pun boleh berjaya.

Ketakutan boleh mengaburi fikiran, kerana ketika itu minda kita diserang panic attack. Pertimbangan menjadi kurang waras kerana mengikut emosi. Melalui siri ini, peserta akan dapat menilai sendiri kekuatan dan kelemahan diri dan seterusnya boleh digunakan di dalam kehidupan seharian. Pengalaman seperti ini mungkin akan memberi kesan yang besar kepada tahap keyakinan diri seseorang. Setiap cabaran yang berjaya diharungi akan menjadi satu pencapaian yang besar kepada diri sendiri.

Selain menjanjikan wang tunai RM200,000.00 kepada pemenang siri Fear Factor Selebriti Malaysia, banyak lagi faedah yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Kalah atau menang adalah adat pertandingan. Walaupun kalah, pengalaman yang diperolehi tidak mungkin dapat dibeli di mana-mana. Pengalaman berharga seperti ini akan lebih mematangkan peserta di dalam menghadapi hidup seharian yang semakin mencabar.


Untuk mendapatkan update terkini siri Fear Factor Selebriti Malaysia  layari Facebook Fear Factor Selebriti Malaysia dan official websitenya di astrogempak.

Entri ini ditulis bagi Projek 10 Bloggers Eyriqazz.Com.

27 comments:

  1. Best juga tgk rancangan ni setakat ni.. Harap2 ok sampai episod akhir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok juga tgk telatah mereka. suka dgn keselambaan didie alias & kecomelan elfira loy :)

      Delete
  2. saya sk tgk fear factor...tapi kalau pengacaranya dr Malaysia lg elok...kenapa nak import artis luar?..dah nama pun selebriti malaysia fear factor??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk... strategi kot. aaron aziz kan tgh hot sekarang :)

      Delete
  3. jauh benor dorang buat..sampai ke capetown..luqman terlepas episode awal tuh..xdpt tgk...T__T

    p/s : kalau rajin.. vote lah arepnakbebel.com dalam kategori Fav Lifestyle blog untuk MSMW 2013 ..:)HEHEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu seronok tau... elfira loy sampai nk ternangis. ke dah menangis?

      insya allah :)

      Delete
  4. tadi tgk jugak, good luck for the said project ;)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. katanya sebab nk uji pasal cuaca. maklumlah... kalau panas, lapar, personaliti kita boleh berubah...

      Delete
  6. best jgk rancangan ni.. nasib baik tak buat mcm oversea punya fear factor kena makan makanan busuk.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.... baru 2 episod. kita tunggu. tapi, xde kot makanan busuk

      Delete
  7. Mesti best kn? Sayang tak dpt tgk :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. best :)
      mesti ada ulangan. cuba tengok

      Delete
  8. tak pernah tengok lg.. selalu terlepas huhuhu

    ReplyDelete
  9. wah entry projek 10 bloggers Eyriqazz tuh...blogger otai tuh...:)

    ReplyDelete
  10. rasa tingin nk tgk tp umah xda astro.. hihii

    ReplyDelete
  11. tak tengok semalam coz keluar..adess..dah la smlm ttg ular nya..adoii da best..nk tggu ulangan

    ReplyDelete
  12. umah sewa ciktom xde astro..mls plk nak langgan..hhee

    nice write up entry dear :)

    ReplyDelete
  13. erkk..rasa-rasa siapa plak menang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. takat ni tak boleh predict lagi. masing2 tengah warming-up

      Delete
  14. tak pernah tgk pun. tak kisah sgt la tak tgk tv.

    ReplyDelete
  15. tahniah,anda salah seorang pemenang

    http://www.eyriqazz.com/2013/01/pemenang-projek-10-bloggers-eyriqazz-com.html

    ReplyDelete