Cuti Sempena Anak Masuk Ke Sekolah Baru



Lama juga hutang ini. Untuk Adam masuk tadika, MA tidak ambil cuti. Cukup la sekadar meneman Adam sekejap sebelum bergegas ke opis. Maklum sahajalah, tadika kan. Makan minum telah terjamin dan disediakan. Tidak perlu bergerak ke sana-sini. Tidak perlu ke kantin. Habis sekolah juga, hanya tunggu di tempat yang sama sementara MA datang ambil.

Tapi, semasa Adam masuk ke darjah 1, insya Allah MA akan ambil cuti. Tidak pasti sama ada cukup sehari dua, atau kena ambil lebih.

Selain suasana yang tentunya jauh berbeza, anak perlu diajar cara membeli makanan di kantin. Nak ditunjukkan toilet, di mana transitnya, kenderaan yang dinaiki untuk ke tempat transit. Semua itu perlu dilatih untuk membiasakan diri.

Adam juga mungkin akan takut di sekolah baru. Ye la, kawan pun belum dapat. Kalau boleh dicarikan kawan ok juga. Tapi, sekarang ni, bukankah sekolah sudah ada orientasi? MA harap tiada aral untuk Adam mengikuti sesi orientasi di sekolahnya nanti.

Sekolah…. Hurmm.. tahun inilah patutnya Adam didaftarkan. Entah sekolah mana la nak masuk ni…



10 comments:

  1. pasti nanti menjadi pengalaman baru untuk MA kan apabila Adam dah start school nanti...:)

    ReplyDelete
  2. Ni pengalaman baru dia... =D
    Harap semuanya okay...

    ReplyDelete
  3. Waktu hantar Abd Rahman darjah 1 awal tahun hari tu, saya yang takut sangat. Dia ok ja. Saya pesan dia: "Kalau abang takut, abang doalah minta ALLAH mudahkan segalanya." Dia kata "ABang OK, abang tak takut pun."

    Dan dia yang suruh saya pulang n jangan tunggu. "Mama baliklah'
    Budak zaman sekarang ni cerdik2 dan berani2.
    Saya dulu sampai masuk U pun masih rasa cuak n ketaq pada hari pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus Abd Rahman macam tu... memang bakal pemimpin ni...

      Delete
  4. Selamat menempuh alam baru dunia persekolahan anak2 yek MA..M pun nebes gak bila Khalish nak masuk darjah satu nanti

    ReplyDelete
  5. Rozie pun x tau nak hantar twin kat sek mane. Thn ni dah kene daftar

    ReplyDelete
  6. hurm anis dua tahun bercuti n lgsung xpernah bpisah dgn firas....tup2 jun ni dah nak start keja balik. rasa beratnya hati ni nak mintak org lain jagakan firas. tuhan saje yg tahu sedihnya hati ni. Moga allah temukan firas dengan penjaga yang baik dan penyayang.sori yer mama adam...terlari dari topik pulak hehe....tiba2 rasa sebak huhu

    ReplyDelete
  7. haha, ni mmg mama penyayang..dah plan nak cuti bila anak mula masuk sekolah ye... saya pun nak cuti juga lah nanti naim n nazif hari pertama masuk sekolah....

    ReplyDelete
  8. Insha-Allah, Adam dpt sesuaikan diri dgn suasana persekolahan nnt.

    ReplyDelete