Anak Suka Makan Sayur

Apakah caranya untuk memujuk anak kecil supaya suka makan sayur? Bukan setakat budak, orang tua pun ada yang tidak gemarkan sayur. Apakah puncanya? Tak sedap? Tak biasa?

Adam tak makan sayur. Sebab musabab mungkin kerana food presentation yang tidak menarik. Nampaknya kena belajar menjadi lebih kreatif di dalam memasak.

Solid food pertama Adam, memang la nestum. Untuk seminggu rasanya. Kerana baru nak ajar Adam makan. Itupun, hasil daripada sample yang didapati dari pasaraya. Kemudian, mama dah start dengan bubur nasi. Bahan utamanya - carrot, kentang, bilis. Juga start dengan buah-buahan lecek.

Review dari pihak nursery semasa Adam berumur 9 bulan adalah, Adam makan semua yang disediakan. Memang di rumah pun, bubur bersayur yang Adam makan. Maksudnya, pada masa itu, sayur adalah sedap =)

Begitu juga dengan review budak empat tahun. Seronok agaknya makan bersama kawan-kawan. Peliknya di rumah, sayur tidak sedap. Mungkin makan sesuap dua untuk mengambil hati mama. Dan... jika makan sayur, habis dicanangkan satu rumah. " Adam eats vegie ".

Nampaknya, mama kena berusaha untuk memperkenalkan sayur kepada Adam sekali lagi. Sayur apa yang Adam suka sekarang? Tiada. Buah? Tiada. Harapan terakhir sebelum Adam membesar sebagai bukan pemakan sayur adalah menjadi kreatif. Masak sayur dengan cara yang lebih kreatif. Owhh.... sup sayur Adam makan jarang-jarang. Sangat jarang.

16 comments:

  1. Dengan naim pun bab ni mudah..dia mmg suka makan sayur..raamai yang kagum dgn perangai dia yang ni..

    ReplyDelete
  2. budak kecik jarang yg minat sayur.. anak buah deno, adam khaleef.. tak suka makan sayur tapi dia minat carrot :)

    ReplyDelete
  3. nak jadi kreatif tu yg lomah skit. firas ni plak lagi teruk....kalau suap nasi dengan ayam/.ikan/sayur or what ever la mesti dia luahkan balik. so terpaksa la cikgu suap nasi kosong hanya dengan kuah semata. pastu gilir2 suap lauk. tp bila dah suap lauk, firas mesti tak nak makan nasi dah....grrrrr kurus keding jadi nya. last2 cikgu terpaksa bagi dia makan nasi dgn kuah jer. tak pun buat mee goreng atau makaroni sup. Sekarang nampak dah berisi sikit

    ReplyDelete
  4. PM sendiri kurang makan sayur...PM hanya makan sayur-sayur terpilih jer...hehe

    ReplyDelete
  5. dl pernah bg mia makan nestum sayur..cirit birit lak....sekarang mmg nampak sayur dia dah tolak tepi...takut sangat makan sayur

    ReplyDelete
  6. Salam daripada Zalora Malaysia.

    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

    Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my sebelum ini? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

    Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my.

    ReplyDelete
  7. dulu mase kanak kanak memang tak suke makan sayur , sekarang kalo tak ade sayur tak lengkap rasenye .

    ReplyDelete
  8. mungkin perlu ajar dari kecik kot..

    husna suka sayur..=D

    ReplyDelete
  9. anak2 suri yang boys tu dua2 x brp suka mkn sayur... ssh nak pujuk mkn sayur.. alhamdulillah yang girl ni okay pulak... kalo nak suh jgk yg boys ni mkn syr... kena mak dia duduk tepi pinggan dengan rotan baru diorg telan sayur2 tu... hehehehe... :D

    ReplyDelete
  10. sis, nak tanya, adam belaja swimming once a week tu di mana ye? bole share tak? :) tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam belajar di nursery. during lunch hour tu, budak-budak nursery yang di enroll kan untuk swimming lesson by their parents akan belajar la. other kids, akan bermain bebas di nursery pada masa ini.

      maybe i'll write a review later =)

      Delete
    2. owh... lupa pulak. pool tu dalam kawasan nursery juga. so, tak perlu keluar2. tapi, only open to budak-budak nursery. Dia x ambil budak luar

      Delete
  11. budak dh besar ni klu buat kreatif2 pun dia tak suka rasa makanan tu mmg dia takkan makan.klu aiman la..hehe.tp ini percubaan yg baik.lain budak lain kan seleranya...:)

    dulu masa baby aiman sgt ssh mkn,naik risau sy..pastu asal mkn selalu muntah..skang ni mkn berlebih pun risau juga sy..haha so based on experience biarkan anak dengan seleranya.asalkan adam nak mkn wpun dlm kuantiti sedikit dh ok...jgn terlalu risau..tp klu berlebih mkn n terkurang sgt mkn kena alert jugak la kan..

    Alhamdulillah aiman sgt suka buah...epal,anggur,betik,tembikai n oren peberet dia..klu sayur tu pilih2 sikit..macam taugeh paling peberet..karot n kankung mkn sikit2..skang dia suka buncis goreng dengan telur n kicap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Ikut pemerhatian semasa kecil, adik yg terlalu kurus emak sogokkan dgn mcm2 untuk dimakan. Akhirnya, membesar bagai johan.

      Delete
  12. anak2 saya jadi x mkn sayur Sbb abahnya sendiri yg asingkan sayur utk anak2... sayur tu dia x bg anak2 mkn... Sbb abahnya mmg x mkn sayur... sabar je la

    ReplyDelete