Youtube Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran

Youtube dalam pembelajaran dan juga pengajaran di rumah. Menurut wikipedia, Youtube adalah video-sharing website di mana kita sebagai pengguna boleh berkongsi pelbagai video. Apabila pengguna boleh berkongsi pelbagai range video, bermaksud ia adalah satu komuniti yang besar. Baik secara percuma atau berbayar, Youtube memang sesuatu yang in pada masa kini.

Siapa pengguna Youtube? Semua - anak kecil menonton video superhero kegemaran, ibubapa dan guru menggunakan untuk mengajar anak di rumah atau sekolah, malahan ibu-ibu di kampung pun sudah pandai belajar resepi masakan melalui Youtube :) 

Di dalam my-adam pun, banyak video dari Youtube yang MA selit. Bukan hanya kerana comel, tapi kerana berkesannya video tersebut terhadap Adam. Video-video percuma yang menarik ini, boleh digunakan dalam mengajar anak ABC, matematik mudah dan doa harian dengan cara yang paling menyeronokkan. Bagi MA, pembelajaran yang paling berkesan adalah pembelajaran di dalam suasana ceria - nyanyian dan gelak ketawa.

Kadar downtime yang rendah membolehkan video dicapai di mana-mana. Online atau download terus ke komputer sendiri. Cuma, jangan video tersebut dipadamkan oleh tuan punya nya la.

Dalam banyak-banyak kebaikan youtube ni, banyak juga keburukannya. Namun, jangan kerana keburukan yang boleh dikawal kita terlepas peluang mencapai sesuatu yang sangat berharga - informasi secara percuma.

Dekat sekolah, cikgu-cikgu guna tak Youtube?

22 comments:

  1. kegunaa dia besar, tp asyik tengok citer je,,ap nak jadi~~~

    ReplyDelete
  2. Memang banyak manfaat yg boleh kita peroleh drp Youtube ni. Betul tu, pandai2lah kawal penggunaannya.

    ReplyDelete
  3. moga parents dapat mengawal anak2 ketika berinternet

    ReplyDelete
  4. bgus kalau digunakan untuk kebaikan.. yang pasal exabytes,, dia sekarang ada yang tak perlu ikut pageview,, cer check it out yang angels programme. rasanya semua boleh join :D

    ReplyDelete
  5. selalu kawal untuk pembelajaran je... untuk yg bukan2 sorry!

    ReplyDelete
  6. mmg bgs youtube ni kl betul cara penggunaannya...

    ReplyDelete
  7. anak sdara sy kak, bru 6 tahun tp dh pandai beryoutube. tgk otomen je keje dia.. tp atas kawalan kakak sy jgk.

    ReplyDelete
  8. setuju sgt2.. sbb asya pon pndai byk perkara melalui u-tube ni.. tp kt sbg ibubapa kna pntau la.. pastikan u-tube y ditengok tu berbentuk pelajaran..

    ReplyDelete
  9. betul tu. bile line slow je baru tak bukak sebab loading biasanya lambat. budak2 pun suka tgk.

    ReplyDelete
  10. setuju..MV banyak download video utk anak2..

    ReplyDelete
  11. betol tu..ada juga kebaikannya..tapi line sll slow...ssh nak tgk

    ReplyDelete
  12. Saya rasa you tube ni ada baik n buruk.. Walaupun isi yg ditonton baik, tp kalau asyik tgk tu je, dari segi communicariin skills mungkin akan ada masalah sebab kurang bergaul dgn orang lain.
    Kat sekolah, jarang guna....macam2 kekangan...

    ReplyDelete
  13. Ha, MA seronok tak ni? Dah dpt lebih 10 komen?

    ReplyDelete
  14. You tube memang merupakan proses pembelajaran terbaik, cuma jangan ada yang salah gunakan sudah :D

    ReplyDelete
  15. youtube ada kebaikan n keburukan..pandai2lah guna utk kebaikan..:)

    ReplyDelete
  16. youtube ni bagi mas lebih kepada kebaikan..

    ReplyDelete
  17. kalo pembelajaran disekolah mmg digalakkan menggunakan unsur video, selain menarik minat murid, ia salah satu inovasi guru ^_^

    ReplyDelete
  18. assalam MA..selamat thn baru 2013..untung ank2 skrg ni byk yg bolih dipelajari dgn youtube..

    ReplyDelete
  19. masa saya mengajar dulu... mmg saya gunakan YouTube, untuk tujuan pembelajaran... malah saya galakkan students saya menulis blog... untuk asah writing skill kerana mereka bakal wartawan...

    sekarang pun saya masih menggunakan YouTube dalam mendidik anak2 saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... saya ada cita2 utk suruh adam tulis blog bila dia pandai nnti.

      Delete