Tips Penjagaan Gigi Kanak-Kanak – Elakkan Pembentukan Kaviti

Penjagaan gigi kanak-kanak seharusnya bermula sebelum gigi pertama tumbuh lagi. Iaitu dengan mengamalkan amalan penjagaan gigi yang baik seperti tidak tidur dengan botol susu di mulut. Juga dengan amalan ibubapa yang mengelap gusi anak sebaik sahaja selesai menyusu etc. Hihihi… MA tak amalkan pun. Rasakan akibatnya sekarang :)

Salah satu akibat daripada kurangnya penjagaan gigi yang betul adalah pembentukan karies gigi. Kaviti atau karies gigi akan membesar dan semakin mendalam. Tanpa rawatan yang betul, kesakitan gigi akan dirasai.

Lihat senyuman Adam yang manis ini. Sebenarnya, pada dua gigi arnab ( gigi tengah ) telah terbentuk kaviti. Bukan tidak mahu melakukan rawatan, namun doktor gigi mengesahkan tiada masalah pada gigi Adam. Mungkinkah kami berjumpa dengan doktor gigi yang salah? Rawatan gigi yang Adam terima pada masa itu adalah mencuci gigi. Hihihi…. Putih bersih gigi Adam dicuci. Ingatkan ada rawatan untuk memperbaiki kaviti. Mungkin kerana gigi Adam masih gigi susu, maka doktor menasihatkan kami untuk menunggu sehingga gigi kekal tumbuh.

Walaupun kaviti boleh dirawat, terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil :

  • Berus gigi menggunakan ubat gigi berflourida sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Wajib memberus gigi sebelum tidur 
  • Mengamalkan teknik memberus gigi yang betul 
  • Gosok gusi dengan lembut untuk menjaga kesihatan gusi
  • Hadkan makanan dan minuman manis
  • Dapatkan rawatan gigi setiap enam bulan sekali.

3 comments:

  1. Naim ni ada mood. Time dia tak nak gosok gigi, mmg payah betul kami nak paksa dia.. Harapnya gigi dia pun sihat mcm adam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam gosok sendiri. Tapi, budak yang gosok gigi, faham-faham sahaja la....

      Delete