Sokongan Moral Kepada Adam

Rasa bersalah yang amat kerana telah membuatkan Adam stress. Jadi, mama dan papa berusaha keras la juga untuk menunjukkan yang walau apa pun terjadi, kami sentiasa di belakang Adam untuk menyokong. 

Apabila Adam stress begini, perkara pertama yang mama lakukan adalah memeluk Adam. Peluk dan cium. Mama katakan yang Adam telah melakukan yang terbaik. Galakan dan dorongan sebegini penting supaya Adam terus berkeyakinan diri. Mama percaya, jika yakin, insya Allah Adam akan berjaya.

Nasib baik mama ada video pertandingan. So, bolehlah ditunjukkan kepada Adam sebab dan akibat. Sebab banyak main, ha... kerja lambat siap. Owh... cakap in a positive way ye. Sebab kita nak up kan balik diri anak yang tengah down. Kecaman atau ejekan tidak akan mendatangkan sebarang faedah. Ia akan membantutkan nilai EQ dalam diri anak. Rugi!

Practice makes perfect. Itulah kata-kata yang sering mama sogokkan di kepala Adam. Alhamdulillah. Nampaknya, Adam positif. Pengalaman-pengalaman sebegini penting untuk Adam membina jati dirinya.


4 comments:

  1. kalau tengah stress memang cari mama..=(

    ReplyDelete
  2. kenapa adam boleh stress ni mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... dia xleh fokus lama2. 45 minit tu pun dh terlalu lama

      Delete
  3. Jangan stress2 ya Adam...
    Mama ada tu ^_^ Dia akan sentiasa support Adam :-)

    ReplyDelete