Shopping Beg Sekolah Baru

2013 hampir tiba! Hampir tiba! Rancangannya adalah hendak membelikan beg sekolah baru untuk Adam masa masuk tadika nanti - 2013 la. Tapi, Adam minta belikan sekarang. Sempat la nak melaram dengan beg baru dulu di school.

" Dah lama tak ada beg baru. Nak tunjuk dekat friends Adam ".

Hahaha.... kalau ada makanan, nak share dengan friends. Kalau ada beg baru, of course la nak tunjuk dekat friends. Berkongsi kegembiraan.

Pada hari yang sama membeli ultraman ni, kami terserempak dengan ini.


Cantikkan? Jarang sebenarnya menjenguk ke booth seperti ini. Selalunya, kami terjah ke jusco sahaja.


Pilihan yang banyak. Harga masih consider mahal berbanding kualiti yang ditawarkan. Rasanya beli di jusco masih murah (berbanding kualiti yang ditawarkan ). Namun, pelbagai corak dan pilihan yang ada telah berjaya merambangkan mata.

Walaupun berbaju Ben10, ultraman tetap di hati.


Untuk rekod, ini beg sekolah ketiga Adam ( ultraman, captain america dan mickey mouse ).

5 comments:

  1. assalam..ehem adam dah nak ke tadika?..kanak2 skrg pandai memilih bag sendiri.. :) masa mama dulu apa yg abah mama beli mama pakai je..he2x..

    ReplyDelete
  2. xlama dah nie nak masuk tadika.....hehehe

    ReplyDelete
  3. handsome boy...beg mana satu jadik pilihan adam tuh?

    ReplyDelete
  4. salam kak,
    booth kedai ni kat mane?puas dah mencari beg ultraman untuk anak saya ni..
    tak jumpa2..
    Mohon bantuan area KL,Melaka...

    ReplyDelete