Petua Mengelakkan Anak Menconteng Dinding





Respond dari entry kekangan untuk berkreatif.

Terima kasih untuk yang bertanya. MA cuba jawab seikhlasnya. Namun, disebabkan setiap individu itu unik dan berbeza, hasilnya mungkin berbeza.

Namun, it's works untuk Adam.

Buku pertama Adam dibeli semasa berumur empat bulan. Pendedahan kepada buku yang pertama. Tiada rekod pula umur berapa MA mula memberikan colour pencil. Rasanya, dah besar sikit dalam setahun kot.

Adam hanya menconteng di buku dan kertas. Sehingga hari ini, dinding rumah kami masih selamat dari diconteng.

Ada satu masa, Adam mula menghampiri dinding dengan colour pencil di tangan. Risau juga. Apakah Adam akan menconteng dinding? Nampaknya era baru akan bermula.

MA biarkan sahaja sehingga Adam 'tertangkap' ingin menconteng dinding. Kemudian hulurkan kertas dan buku. Dan ajak Adam menconteng kertas sambil diceritakan kenapa dinding tidak boleh diconteng. Walaupun pada masa itu Adam masih kecil, mama cuba menerangkan dengan sebaik mungkin. Sebenarnya, mama tidak menjangkakan yang Adam akan faham pun.

Proses ini berulang untuk dua - tiga kali rasanya. Mungkin Adam memerlukan sedikit masa untuk men digest apa yang cuba mama sampaikan padanya di waktu itu. 

Mama rasa macam tokey kertas yang kaya-raya pula kerana supply kertas yang banyak kepada Adam yang masih baby. Kami even sediakan satu bundle kertas di sebelah mainan Adam. Kertas dan colour pencil.

Dari situ, memang stok kertas perlu ada. Jika tiada, Adam beralih kepada buku cerita pula. Sayang juga buku mahal-mahal diconteng. Walaupun masih boleh dibaca, rasa sayang buku diconteng.

Ha.. itulah proses yang berlaku. Begitulah adanya dengan Adam. Syukur sangat kerana dia jenis yang mendengar kata. So mommies, penerangan kepada anak perlu dibuat berulang-ulang dan dengan cara yang baik. Jika tiga kali tidak mencukupi, mama akan ulang berulang kali. Ye la... nak marah, Adam baby lagi. Tak logik pula rasanya nak memarahi baby.

3 comments:

  1. setakat ni anak2 saya x pernah conteng dinding lagi. kalau ada pun, c kakak buat lukisan guna pensil color. cantik pulak tgk. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah.. ain pon buat cara mama adam.. sejak umur setahun ain dah bg Auf kaler pensel.. before ni bg crayon ajerk..dan Auf pon ada buku n kertas sendiri.. dan dia mungkin tak tahu kat kat dinding tu leh conteng2.. sbb kitaorg x pernah buat.. Auf ni suka copy apa kita buat..

    ReplyDelete
  3. betul.. betul... saya pun baut gitu... AF saya ada buku lukisan serta set color pensel...

    ReplyDelete