Pengalaman Adam Ke Orientasi Tadika


Persediaan ringkas Adam :
  • Tidur awal
  • Breakfast - choc milk
* ini semasa nak pergi orientasi selama 5 jam di tadika

Mata bengkak kerana bangun lebih awal kerana perlu mandi pagi.

Bangun pagi
Gosok gigi
Cuci muka
Terus mandi

Ingat-ingat lupa sahaja lirik ni. Janji melodi betul. Hihihi...


Persiapan mental, insya Allah Adam sudah bersedia. Adam sangat excited untuk ke tadika. Bangga kot bila umur bertambah lagi satu tahun - a year wiser. 

Kami sampai ke tadika pada jam 7.30 pagi. Tidak ramai yang hadir. Hanya ada lima orang budak. MA sudah risau. Sikit sangat, mesti kurang seronok. Tapi, semasa mengambil Adam pada jam 1 tengahari, hampir 30 orang budak hadir. Owhh.. mesti ramai kawan baru Adam.

Menu sarapan pada hari itu adalah nasi lemak. Hmm.. sedap. Makan pula beramai-ramai. Lagi terasa kesedapannya.

Kata Adam, tiada kelas pada hari tersebut. " Teacher cuma ajar nyanyi lagu budak-budak ". Ye la, menjelang tahun baru, ini memang telah dijangka. MA cuma hantar Adam untuk berkenal-kenalan dengan cikgu dan rakan baru. Aktiviti menyanyi, makan, tidur, main dan solat yang dilakukan bersama insya Allah akan menjadi ice breaker yang baik untuk Adam dan rakan-rakan.

MA lihat baju Melayu tidak dipakai. Sedangkan MA sediakan untuk solat Zohor.  " Teacher ingat Adam budak kecil. Dia tak bagi Adam nak ambil dan salin baju. Kena tunggu teacher yang bagi. Tapi teacher tak bagi ".

Hahaha.... MA ada tanya pada teacher. Katanya, cukup sediakan kain sarung sahaja. Mana nak cari kain sarung ni? Mungkin teacher ingat Adam tidak akan bercerita. Teacher agak terkejut bila MA tahu secara detail program mereka pada hari tersebut. Hihihi... Adam jenis yang berkongsi dengan MA. Memang detail la Adam bercerita.

Semoga 2013 bermula dengan lebih cemerlang :)

10 comments:

  1. wah..pandailah adam ni bercerita apa yg berlaku..

    boleh kita tahu apa yg berlaku sepanjang kita tak berada di samping diorang, kan? saya pun ada juga try bt gini, tapi naim tak berapa bekerjasama, agaknya kecil lagi, ke dia ni mewarisi sikap papanya...huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja MA bgtau teacher yang Adam jenis bercerita. biar dia bersedia. hihihi...

      tunggu Naim besar sikit kot. tapi, boleh la start share perasaan kita pada dia. nanti, dia dah biasa, dia pula akan share dengan kita

      Delete
  2. Bijak Adam. Bagus MA. Ajar Adam bercerita semuanya dan kena sentiasa dengar apa yg diluahkan. Moga Adam jadi anak yg bijak. Suka:)

    ReplyDelete
  3. bijak adam ni ye..insha Allah moga adam terus cemerlang dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  4. sronok2x..nanti adam leh nyanyi kat aunty..

    ReplyDelete
  5. wah adam dah g sekolah....makin bijaklah adam nanti

    ReplyDelete
  6. adam 6thn yea? kalau gitu sebaya dengan adam faris saya.. thn ni pun masuk tadika... tapi tak de pulak orientasi... hm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan adam 5 tahun... baby 2008

      Delete
  7. Khalish sepatutnya ari ni first day pi school tapi demam plak..hu hu

    ReplyDelete