Persediaan Sebelum Ke Tadika - Orientasi Tadika

Sebelum bermulanya era baru di dalam hidup Adam - rasminya pada 2 Jan 2013 nanti, pihak tadika membenarkan parents menghantar anak ke tadika dua - tiga hari sebelum tadika bermula. Hantar sekejap untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru.

Hihihi... tapi, mama request untuk hantar full day. Bukan apa, leceh kalau hantar setengah hari. Lepas tu, kena ambil dan hantar ke nursery pula. Walaupun jarak tidak jauh, tetapi, rasa agak leceh.

Nasib baik, kerana semasa trial sehari ke tadika tempoh hari, Adam enjoy. Jadi, pengusaha tadika membenarkan Adam dihantar seharian. Katanya, boleh kerana Adam pandai berdikari.

Rasanya, ada benarnya. Anak mama dah besar dan pandai berdikari. Semasa trial tempoh hari, Adam yang pujuk member yang masih menangis walaupun telah seminggu di hantar ke tadika. Hiihi... mungkin inilah bezanya anak yang biasa di hantar ke nursery dengan anak yang duduk di rumah. Mungkin rasa tidak selamat kerana tiada ibubapa bersama.

Walaupun teacher kata Adam pandai berdikari, mama hendak beri peluang untuk Adam beramah-mesra dengan rakan-rakan baru. Mana tau boleh terus dapat bestfriends kat sini. Jadi, tahun 2013 nanti akan bermula dengan jayanya - smooth sahaja kerana telah dapat membiasakan diri.

Saja je, tapi sebenarnya mama nak hantar Adam sekejap sahaja. Mood cuti masih ada. Jadi, dapat hadir 3 jam pun memadailah. Nak bagi feel ke tadika untuk Adam sebelum tahun baru.

9 comments:

  1. salam akak.. adam anak sulung akak ke?

    ReplyDelete
  2. lepas ni adam dah xduk nursery ke?

    ReplyDelete
  3. Berapa umur adam ni..
    Bagusnya adam ni x nanges pi skolah

    ReplyDelete
  4. macam best je adam kat tadika dia...
    agaknya nanti adam msk thn 1 MA akan cuti dan temankan adam pd hari pertama x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... nak jawab panjang lebar. nanti MA buat entry ok?

      Delete
  5. setiap budak memang berbeza penerimaannya dengan perkara baru.Alhamdulillah adam cpt adapt dengan persekitaran tadika yg agak berbeza dengan nursery..aiman dulu sy hantar pengasuh je..umo 4tahun sy hantar tadika Alhamdulillah mmg takde masalah sgt. Hari pertama masa tinggal siap lambai tgn dekat sy..dia mmg jenis yg mudah berkawan dan peramah dengan semua org..:)

    ReplyDelete