Faedah Mengikuti Program Orientasi Tadika

Alhamdulillah, selesai sudah orientasi tadika Adam pada hari ini. 5 jam di persekitaran baru bermula 8 pagi - 1 tengahari. Orientasi tadika? Bunyinya agak pelik, tetapi sebenarnya ia wujud. Khusus untuk pelajar-pelajar yang baru mendaftar untuk tahun depan. 

Hihihi... gah bunyinya, tapi, sebenarnya Adam seorang sahaja pelajar yang baru mendaftar. Yang lain adalah pelajar sedia ada. Pelajar baru yang lain sedang bercuti kot :)

Bagi MA, program orientasi tadika ini sangat bermanfaat kepada ibubapa, pelajar dan juga pihak tadika itu sendiri.

Faedah kepada ibubapa ( MA la tu ), adalah perasaan gembira. Sebab secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada MA untuk lebih memahami persekitaran tadika tersebut. Dapat juga berinteraksi dengan cikgu yang akan mengajar Adam nanti. Sekurang-kurangnya, MA tahu apa yang perlu dijangka dengan perkembangan Adam.

Faedah kepada anak pula, tentulah banyak. Di antaranya adalah yakin diri pada hari pertama persekolahan nanti. Ye la, tentu Adam lebih arif tentang persekitaran tadikanya berbanding pelajar baru yang tidak pernah hadir ke tadika tersebut. Pengalaman Adam akan MA ceritakan di entry lain :)

Faedah kepada pihak tadika pula, tentulah perjalanan kelas akan lebih lancar kerana pelajar dan guru telah berkesempatan beramah-mesra sebelum sesi persekolahan bermula. Apabila perjalanan kelas lebih lancar dan guru boleh handle para pelajar baru, tentulah tahap keyakinan ibubapa terhadap pihak tadika akan meningkat. Pengurangan tahap kegusaran dan kerisauan ibubapa terhadap anak mereka adalah suatu tanda yang positif kepada pihak tadika. Mungkin ibubapa akan bercerita bagaimana profesionalnya tadika tersebut dan ini tentunya satu promosi yang menarik.

Erk... faedah di atas ini adalah secara umum. Nampak macam sudah pro kepada tadika yang dipilih. Hihih... belum lagi... Adam baru sehari trial di tadika pilihan dan 5 jam berorientasi di tadika tersebut. Cuma mengharapkan ini adalah pilihan yang terbaik. 

4 comments:

  1. moga dipermudah segala urusan..
    harap adam ceria sealu :)

    ReplyDelete
  2. insha Allah..mudah-mudahan segalanya akan dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. semoga nanti Adam dapat menjadi salah seorang murid tadika yang cemerlang dalam pendidikan! all my best to your litte boy. :)

    ReplyDelete
  4. teringat anak sayaa baru masuk tadika dulu..menangis sampai muntah hehehe..(follow u)

    ReplyDelete