1 Buku Latihan Matematik Untuk Tadika



MA update pasal buku yang Adam pilih di dalam gelagat Adam memilih buku semasa di kedai buku tempoh hari. Misinya adalah buku matematik - mungkin kerana Adam sudah bosan mereka soalan matematik dan kemudiannya menjawabnya sendiri. Hihihi....

Buku ini Adam yang pilih. Berdasarkan apa mama tak pasti. Cuma yang pasti, " Book yang ni la mama. Macam best je ". Hihihhi.... Kenapa mama bagi Adam yang pilih? Adam pilih dan tunjukkan kepada mama. Dua buah sebenarnya. Namun, mama rasa yang ini lebih sesuai untuk math newbie macam Adam. Susah juga untuk memilih buku yang sesuai untuk anak.

Buku terbitan Pelangi : RM4.90. Murah sahaja - isi kandungannya meliputi penambahan, penolakan, pecahan. Untuk K2, tiada pendaraban etc lagi. Cukup la untuk memantapkan pemahaman Adam yang masih baru berjinak-jinak dengan matematik ini.

Aktiviti tambah, insya Allah Adam sudah mahir. Aktiviti Penolakan Matematik - masih memerlukan bantuan. Mungkin lama sangat tak practice. 



1 comment:

  1. pandai adam pilih buku sendiri ekk..rajin2 buat latihan ye adam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...