Buku Bacalah Anakku - Buku Ketiga

Bacalah Anakku - buku ketiga. Alhamdulillah, tamat juga akhirnya. Sebenarnya, kami baca buku ni santai-santai. Seminggu mungkin 2 - 3 kali. Setiap sesi mungkin 10 - 15 minit. Tak boleh lama-lama, nanti Adam bosan :)

Kali ini nak bercerita tentang senarai semak di buku Bacalah Anakku. Tengok ye... MA snap gambar sahaja. Malas rasanya hendak menaip.


Sebenarnya, MA tidak pernah gunakan pun senarai semak atau penilaian ni. Janji bila-bila masa, MA boleh spot mana-mana perkataan atau ayat pendek, dan Adam boleh sebut, cukup. Belum masanya untuk Adam ada assessment atau sebagainya. Ye la, bacaannya pun santai-santai, rilex-rilex. Takut pressure pulak jika ada penilaian. Hihihi... Sebenarnya, penilaian ini boleh juga dibuat secara santai. Boleh sahaja di spot soalan-soalan perkataan di dalam buku. Cuma MA malas nak buat. Adam nak belajar membaca pun sudah seribu rahmat. Bukan tidak mahu, cuma, bukan pada masa ini. Tapi, Adam memang sukakan buku sejak dari kecil lagi.

Owh... tahun hadapan, Adam akan masuk ke tadika. Lupa pula hendak ditanyakan buku apa yang akan digunakan. Rasanya macam sudah diperiksa semuanya. Hmmm... selagi belum dapat buku di tangan, lupa. 

No comments:

Post a Comment