Beg Sekolah Murah


Beg sekolah murah. Maklum sahajalah cuti persekolahan akan berakhir dalam masa 2 - 3 hari sahaja lagi. Semua orang sibuk membeli-belah mencari dan membuat persediaan untuk persekolahan anak-anak.



Salah satu keperluan adalah beg sekolah. Ini adalah satu kepeluan wajib. Kebiasaannya, beg sekolah superhero sekarang adalah RM100 dan ke atas. Ini adalah harga yang biasa kami dapat di pusat membeli belah. Biasa? Untuk dua beg sekolah Adam yang terdahulu.

Kata orang, yang baik tidak semestinya mahal. Hahaha.... betul, tapi, selalunya yang mahal itulah yang baik. Beg Adam masih elok walau dipakai lasak setiap hari selama tiga tahun.

Untuk tahun hadapan, beg Adam dibeli di booth. Harganya agak murah jika di kira dengan RM. Namun, berbanding kualiti, rasanya harga tersebut masih mahal. Cuma disebabkan sukarnya mendapatkan design gambar beg ultraman di shopping centre, terpaksa merelakan RM yang keluar untuk beg ini. Rasa MA, sepatutnya beg ini berharga di bawah RM50.


Dannn... minggu lepas, kami terserempak dengan ini. Yess!!! Ini betul-betul murah. Memang harga setanding dengan kualiti. RM25. Harga berbanding kualiti. Beli untuk spare. MA tidak menjangkakan yang beg ini akan tahan lama. Tapi, biarlah tahan setahun. Takut bosan pakai beg yang sama sahaja. Nak belikan baru, sayang pula jika beg lama masih elok. Owh... jika nak terjah, ada booth beg sekolah di Wangsa Walk Mall

Entry beg ini ditulis kerana sejak dua minggu kebelakangan ini, banyak keyword beg sekolah muncul di blog MA. 

8 comments:

  1. zaman sekarang mcm2 beg skolah...dulu 6 tahun skolah rendah, dapat tukar beg sekali jerr...x mampu... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk... MA pun. Beg sekolah brand apa ntah. Tahan x rosak2. Adik2 semua dpt beg baru sbb beg mereka rosak. Beg MA jugak yang x rosak2. Teringin nk beg baru. Tapi x sampai hati nk minta ;)

      Delete
  2. seronok tengok anak2 kecil memakai beg sekolah...

    ReplyDelete
  3. wow kena terjah nie.....tp kena fikir balik nnti habis semua beg aiman nak....sbb cantik2.....

    ReplyDelete
  4. Kena pandai cari yang berkualiti dan harganya berpatutan,.. hehe seamat ke sekolah Adam :D

    ReplyDelete
  5. baru mggu lalu beli beg sekolah..anak2 paling seronok dpt beg baru

    ReplyDelete
  6. aiman tak beli lg beg sekolah..tggu cikgu bagi dulu..klu takde baru beli baru.nak yg free jer kan..haha.

    lgpun dia jenis yg tak kisah..takde pun nak mintak2 beg n apa2..mainan je selalu mitak..:)

    ReplyDelete
  7. rafique dah ada 3 bijik beg sekolah. ayah beli, nenek beli, atuk beli. tapi sampai hari ni tak register sekolah lagi. cemana tu??hahaha..my bad..

    ReplyDelete