Susu Coklat Yang Sedap

Sumber kalsium tidak terhad kepada susu. Anak boleh dapatkan daripada pelbagai sumber. Owh... Adam tidak minum susu. Tidak lagi sejak Mac lalu. Sedih pun ada, kerana mama memang minum susu, tapi Adam...

Akhirnya, setelah puas memujuk etc, Adam minum susu coklat. Apa sahaja susu, asal di dalam kotak. Cuba juga untuk mengvariasikan dengan susu tepung, namun, tidak berjaya.



Susu ready made ni, memang la sedap. Kadang-kadang, risau juga dengan kandungan gulanya. Banyakkah? Adam minum cuma maksimum hanya 3/4 cawan. Itupun, kadang-kadang seminggu hanya 3-4 kali. Cukupkah?

Sebenarnya, bukan masalah kalsium yang mama risaukan. Bukan untuk masa ini. Kerana, Adam penggemar produk tenusu lain seperti yogurt dan cheese. Jadi, sumber kalsium mungkin mencukupi.

Yang menjadi kerisauan adalah nutrisi lain di dalam susu. Maklum sahajalah produk keluaran masa kini. Semuanya ditambahbaik. Selain calsium dan zat-zat vitamin yang asas, ada pelbagai lagi yang disuntik ke dalam susu - DHA, gangliosida dan pelbagai lagi.

Hahaha... secara asasnya, susu semuanya sama. Bezanya, susu soya, susu lembu dan susu kambing. Dulu Adam minum susu soya. Tak pasti pula susu tu ada ke pelbagai macam zat selain yang asas. Hihihi...

Susu coklat brand apa lagi ye yang rasanya sedap. Masih belum berputus asa untuk mencari susu untuk Adam. Agak cemburu juga dengan rakan-rakan yang anaknya masih minum susu ;p

10 comments:

  1. Ada sdiri tak nak minum susu ke? Risau jg mcm tu kn? Baru je 4 thn.. Apa kata amik multivitamin? Maybe boleh bg tmbh dha n lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Adam saya kasi multivitamin & scott emulsion. Tapi, tetap rasa budak kena minum susu

      Delete
  2. Cuba pujuk dia ngan ducth lady coklat at same time campur ngan milo mn tau dia nak...ada rs coklat ckit

    ReplyDelete
    Replies
    1. X jalan. Kalo letak je, dia mcm tahu. Hahaha. Terus x minum langsung.

      Delete
  3. alisha sy bg anmum tp alisha ni jenis sapu semua... xkisah apa pun.. hihi

    ReplyDelete
  4. entah ekk.aiman pun minum susu dutch ldy 456 tu jugak tp yg original.sejak kecik sy cuba bg susu coklat tp dia tak suka.tp klu susu kotak tu mmg semua budak suka kot.sedap kan..

    ReplyDelete