Shoulder Dystocia - Bayi Besar Di Dalam Kandungan

Bayi besar di dalam kandungan. Biasa sahaja, tiada kengerian di sini. Namun, rupa-rupanya, banyak komplikasi jika bayi besar di dalam kandungan dan tidak dapat dijangka terlebih dahulu oleh doktor. Seandainya bayi sudah diketahui besar oleh doktor, pembedahan boleh dilakukan jika struktur laluan ibu sempit.

Shoulder dystocia adalah keadaan di mana setelah kepala bayi keluar melalui saluran peranakan, bahunya tersangkut kerana saiz yang besar. 

Apabila keadaan begini berlaku, pelbagai kemungkinan untuk bayi dan ibu. Samaada bayi akan selamat dilahirkan, atau pun bayi mungkin tidak dapat diselamatkan.

Di antara kesan shoulder dystocia yang dipaksa melalui saluran peranakan ibunya adalah mungkin bahu bayi akan terseliuh. Ini boleh mengakibatkan kecederaan tulang selangka sehingga memberi kesan terhadap saraf di bahu dan lengan. Walaubagaimanapun, tanpa masalah lain, bayi akan pulih dengan rawatan dan perhatian para doktor.

Tapi, mama tidak dapat bayangkan apa yang berlaku kepada ibu. Apabila kepada bayi telah keluar, bermaksud kesakitan di bawah telah pun dirasai. Proses meneran etc telah berlaku. Jika guntingan dapat memboloskan bahu bayi, ok la juga. Namun, bayangkan jika bayi terlalu besar. Untuk menyelamatkan bayi dan telah keluar kepalanya itu, para doktor dan bidan terpaksa menolak naik bayi yang telah turun. Bagaimana rumitnya proses ini dilakukan, mama pun tidak tahu. Namun proses ini perlu dilakukan dengan pantas. Kegagalan melaksanakan prosedur ini dengan pantas akan menyebabkan bayi lemas dan akhirnya telah tidak bernyawa.

Kesakitan fizikal dan mental di sini. Perineum dijahit, c-section juga dilakukan. Itulah pengorbanan seorang ibu. Dengan harapan anaknya selamat.

Ya Allah, mama sebenarnya unaware tentang ini. Mama menjangkakan jika bayi besar, doktor pasti tahu. Rupa-rupanya, selain jangkaan doktor, terdapat faktor lain, iaitu saiz tulang pinggul ibu juga yang dapat membantu.

Kata orang tua-tua, biar besar di luar, jangan besar di dalam rahim ibu. Ada betulnya... dan memang betul. Tiba-tiba ngeri seorang diri...

1 comment:

  1. kebiasaanya bila bayi besar,doc mmg suggestkan untukoperate kan.baru jer baca pasal kelahiran bayi besar kt dalam pa&ma tempohari..:)

    ReplyDelete