Petua Ibu Mengandung - Buah-buahan

Amalkan makan anggur hitam dan delima. Kata orang, di dalam sebiji delima terdapat sebutir permata yang baik untuk kandungan. Jadi, habiskan sebiji delima sorang-sorang. Jangan kongsi :)

Amalkan memakan sebiji apple hijau sehari. Ia akan mengelakkan anak menerima terlalu banyak jenis alahan / allergy.

Amalan meminum air kelapa - kulis bayi akan menjadi halus dan bersih. Ia juga akan mengelakkan masalah ruam bayi.

Amalkan memakan kurma - insya Allah akan memperbanyakkan susu badan. Ia juga adalah amalan untuk mendapatkan anak yang mendengar kata.

Makanan untuk otak pula adalah kismis, dan kekacang.

Petua untuk ibu mengandung memang banyak. Selagi tidak melanggar syariat, apa salahnya diamalkan.

Rujuk sini untuk senarai buahan lagi.



3 comments: