Perhimpunan Agung UMNO 2012

Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung sekarang ni bukan sahaja menarik perhatian artis-artis glamour tanah air. Adam pun tertarik sama! Bukanlah Adam bersesak di PWTC untuk bersama-sama mendengar ucapan para perwakilan. Hihihi... tidak.

Cuma, kami mendengar sedutan di kaca tv. Cukuplah. 

Yang mama nak ceritakan adalah reaksi Adam apabila mendengar ucapan mereka.

" Kenapa dia jerit-jerit mama? ".

" Owh... bukan jerit. Dia cakap kuat-kuat nak tunjukkan dia bersemangat ".

" Kenapa dia cakap macam tu mama? " - refer kepada wakil yang bersyair.

" Owh... style dia cakap macam tu ".

" Kenapa dia cakap macam sedih mama? ". 

" Owh... dia sedih. Dia nak suruh orang yang dengar sama-sama bersedih ".

Itulah politik Adam. Mereka berhujah, berdebat. Memang tak sama dengan gaya percakapan kita sehari-hari. Hahaha... Fahamkah Adam apa itu politik?

2 comments:

  1. hehe... heran dia ek, tgk org cakap jerit2 ya

    ReplyDelete
  2. dia bakal menjadi ahli politik tu...sebab tu dia banyak tanya...insyallah

    ReplyDelete