Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

" Makanlah lagi. U kan pregnant. Makan untuk dua orang ". 

Biasakah mendengar ungkapan sebegitu? Akhirnya, dek kerana makan untuk dua orang, checkup yang sepatutnya dua minggu sekali,telah menjadi dua kali seminggu. Huuuhu...

Tujuannya adalah untuk pemantauan doktor. Almaklumlah, pertambahan badan naik dengan mendadak. Bimbang pula jika si ibu nantinya akan menghadapi masalah kencing manis atau darah tinggi. Effect nya adalah kesan buruk kepada ibu dan bayi

Bagi ibu yang hamil anak solo ( bukan kembar ye ), peningkatan berat badan yang normal adalah di antara 11 - 16 kg untuk sepanjang tempoh kehamilan. Hihihi... mama naik 25 kg dulu ;)

Untuk itu, peningkatan berat badan yang normal adalah diantara 1 - 2 kg sahaja untuk tempoh sebulan. Sebulan dan bukannya seminggu!

Jadi, bagi ibu yang mengalami peningkatan berat badan yang agak mendadak, perhatian serius perlu diberikan terhadap corak pemakanan mereka. Walaupun tidak dihinggapi oleh kencing manis atau darah tinggi, takut-takut akan mengalami masalah bayi yang terlalu besar pula.

Di antara langkah yang boleh diambil adalah menjaga pemakanan. Makan bijian penuh. Pastikan makanan yang dimakan adalah kurang kanji. Walaupun makan brown rice, pengambilan nasi tetap perlu dikawal. Jika boleh, makan nasi hanya maksimum dua kali sehari.

Lebihkan sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan. Rasanya semua sayuran boleh dimakan, namun berhati-hati dengan pengambilan buah. Buah adalah manis. Buah yang selamat dimakan adalah apple dan jambu batu. Selainnya, hanya ambil sedikit jika teringin. Ini adalah nasihat doktor kepada anti yang mengalami peningkatan berat badan yang mendadak. Hihihi.... diet ye wahai bakal ibu. Untuk kesihatan dan kesejahteraan anti dan baby ;)

*Rujuk berat badan ideal ibu mengandung di sini.

6 comments:

  1. sy ms prgnant aqilah naik 18 kg.. tp nsb aqilah kuar berat 2.65kg je.. :-)

    ReplyDelete
  2. Selalu tengok ibu2 yang mengandung mesti naik berat badan..agaknya sebab ikutkan ''makan lah untuk berdua'' la tu kot...hehe =D

    ReplyDelete
  3. sebab makan utk 2 org la badan naik macam kena pam...heheh

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. masa aiman dulu sy naik 16kg.tp aiman tak besar mana pun.2.9kg je..pregnant kali ni baru 4bulan dh naik lebih kurang 8kg.tp doc kata baby kecik je.ibunya yg membesar bagaikan juara.haha

    ReplyDelete
  6. makan utk 2 org mmg xleh pakai.. sudahnya ibu yg seksa g check up.. mcm i.. hubby kata mkn la.. utk 2 org xpe mkn lebih.. sudahnya dia sengih2 aje tgk kita g checkup!

    ReplyDelete