Berdikit-Dikit

Alhamdulillah. Adam bersemangat nak belajar sekarang ni. Mungkinkah sebab nak masuk tadika next year? Ehhh?

Seronoknya rasa...


Alhamdulillah, Bacalah Anakku buku 1 tamat dengan jayanya. Sekarang sedang meniti ke buku 2 pula. Untuk menghabiskan buku 1, rasanya lama juga masa di ambil. Sesi belajarnya pendek sahaja. Mama limit kan 10-15 minit sahaja. Kadang-kadang 5 minit sahaja. Tapi, makan hari yang lama la ;)

Namun, rasanya bila move ke buku 2, terasa laju sikit. Ye la.... buku pertama sudah menjadi foundation untuk Adam. Lagipun banyak repeatition di antara kedua-dua buah buku. Adam macam teruja untuk cepat menghabiskan buku kedua. Tapi, mama rasa biarlah slow-slow. Almaklum lah budak lagi. Dia teruja dengan buku ketiga. Berkenankan apa, tak pastilah pula.

Buku pertama ni, sebenarnya kami belajar dengan cara bermain. Mama buat flip-flap book macam ini. Cuma, lagi simple la. Cuma tuliskan suku-kata dari buku 1 dan gabungkan supaya Adam baca.

Bunyi-bunyi yang keluar dari perkataan yang muncul ni, mama tanya kepada Adam. 

" Ada tak friend Adam yang namanya ... ".

Haaaa.... terkekek-kekek Adam ketawa bila ada perkataan yang pelik-pelik sedikit bunyinya. Bukan apa, bila menggunakan buku, kadang-kadang mama rasa terbatas. Walaupun mungkin membaca sambil meniarap sahaja, namun adakalanya terasa formal. Bila di create kan permainan begini, hasilnya tidak mengecewakan. Kami asyik bermain tanpa Adam menyedari bahawa buku pertama telah khatam.

Budak-budak ni, masa sedang seronok meng explore ni la nak disogokkan dengan pelbagai benda. Semasa otak macam sponge. Senang je nak menyerap ilmu. Insya Allah.

3 comments:

  1. betul tu kak..waktu ni semua nya cepat diserapnya..anak sedara saya tu pun lebih kurang cepat mcm anak akak ni..=)

    ReplyDelete
  2. adam mmg pandai.mesti buku 2 tu cepat dpt habiskan

    ReplyDelete