Menempuhi Perjalanan Yang Berliku | Banjir Kilat Di Kuala Lumpur

Perjalanan balik kerja hari ini adalah sangat-sangat berliku. Hujan lebat sangat dengan kilat memancar-mancar. Takut!

Mama gagahkan hati meredah hujan untuk ke kereta. Kesian memikirkan anak mama yang berada di nursery. Teacher akan peluk ke bila guruh? Hihihi... of course la kan. Mama je risau.

Perjalanan hari ni penuh liku. Kenapa? Banjir kilat. Jalan yang biasa dilalui dinaiki air. Tak terdaya la kereta comel mama nak meredahnya. Nak u-turn, jalan penuh. Mama teruskan juga, masuk satu lorong dan pusing balik. 

Alhamdulillah, Adam selamat bersama mama di dalam kereta. Namun, jalan balik telah ditelenggami air. Sekali lagi kami berpusing. Melalui kawasan berbukit. Syukur, jalan ini tinggi dan selamat dilalui.

Sesungguhnya, perjalanan balik kerja pada hari ini sangat lah mencabar. Next time, mama akan tunggu sahaja di opis sehingga hujan reda. Moga-moga dengan redanya hujan, maka banjir akan surut. Isnin lepas juga banjir kilat di sini, namun masih mampu diredah. Hhuhuu...

1 comment: