Trial Tadika Selama Sehari

Setelah puas berdilema, akhirnya mama telah memulakan langkah. Adam dihantar ke tadika untuk satu hari! Kiranya trial la. 

Dari sudut pandangan orang luar seperti mama ni, nampak macam ok tadika ini. Teacher nya pun friendly. Memang tadika la kerana dindingnya ber mural semua. Sungguh berbeza dengan nursery Adam yang putih bersih. Bukanlah tadika ini kotor, cuma, dinding yang penuh dengan segala macam mural tentunya tidak sama dengan dinding yang hanya ditampal poster-poster. 

Owhhh... lupa pula nak jenguk ke bilik air. So far, kelas, tempat makan dan persekitaran adalah selamat dan bersih, berdaftar dengan JKM dan mengikut silibus kementerian. So, pada pandangan mata kasar mama, OK.

Tujuan menghantar Adam untuk trial selama sehari adalah untuk Adam membuat penilaian sama ada dia suka atau tidak school itu.

Mama hantar Adam seawal 7.15 pagi ( macam pergi school Adam ). Bezanya, Adam telah siap mandi. Jika hantar ke nursery, Adam mandi di nursery ;p

7.40 pagi, mama perlu beredar untuk ke office. Adam salam dan cium tangan. Senyum-senyum lagi. Lunch hour, mama call. Adam ok. So, petang around 5.30 mama sampai untuk pick up Adam. Tersenyum-senyum tengok mama. Mama tanya depan teacher, suka ke school ni? Adam kata suka.

Baliknya, mama tanya lagi. Adam kata suka! Friends pun ramai. Cuma Adam upset bila mama hantar balik ke school lama. Ye la, trial sehari sahaja. Sebab dah hujung tahun, biarlah Adam bersama rakan-rakan yang membesar bersama-sama sejak Adam berumur 7 bulan dahulu.

Hilang semua dilema. Mama biarkan Adam memilih sama ada untuk maintain di nursery atau ke tadika pada tahun depan. Semoga ini adalah pilihan terbaik untuk kami.

8 comments:

  1. nak masukkan anak ke tadika pertimbangan yang kena buat kan? macam2 faktor kena fikir..yang trial 1 hari macam ni kena bayar bpe? ooo, boleh juga buat macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadika tu x ambil yuran pun. mama pun heran... ingatkan kena bayar....

      Delete
  2. baguslah ikut kemahuan adam.lgpun budak2 ni tak boleh dipaksa,klu tak nak kesekolah or nursery lg susuah mama.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah.... harap2 Adam enjoy di school baru nanti

      Delete
  3. bebudak mmg xreti tipu. kalau dia ckp best, memang best la tu. untung akak dpt anak yg enjoy dgn skol,sesetengah bdk kemain kena pjuk nk biasakan dgn tmpt baru.

    ReplyDelete
  4. wah bagusnya.. blh buat tial camni... brp rm utk sehari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tanya juga kt teacher tu. tapi, dia kata xpe. hantar saja. atau mama yang salah faham? mama tanya berapa kena bayar untuk trial

      Delete