Genap Setahun Ber Public

Alhamdulillah, genap setahun dah blog mama ni bertukar status dari private ke public. Beza sangat menulis di private blog dengan di public blog.

Semasa blog ini adalah private blog, mama boleh tuliskan semua sekali. Tiada tapisan. Setelah di public kan, banyak juga entry yang mama tapis dan delete. Tidak sesuai untuk tatapan umum rasanya.

Mulanya, agak stress juga bila tidak dapat menulis dengan sesuka hati. Tapi, lama-lama, mama seronok juga sebenarnya. Jika dahulu, mama tulis dan baca sendiri. Sorang-sorang. Sekarang, walaupun tidak ramai, namun seronok juga apabila ada pembaca dan mula menerima komen. 

Rasanya, mama akan kembali menulis entry personal di blog ini. Selagi tidak menyentuh sensitiviti, tidak salah kan untuk mama bercerita di sini?

Juga seronok kerana my-adam telah dua kali cashout kan nuffnang. Hihihi... walaupun sedikit, lama-lama jadi bukit :) 

2 comments:

  1. a'aa blog kita, blh tulis apa je termasuk personal.. :-)

    ReplyDelete
  2. hepi besday....hehehe mama nak kek!!!!

    ReplyDelete