Family Day @ Sungai Congkak

Sabtu lepas, office mama telah menganjurkan satu Family Day dengan jayanya. Kami convoy ke Sungai Congkak. Adalah dalam 16 family. Tidak ramai, namun cukup untuk merapatkan silaturrahim di antara kawan-kawan.


Mama excited untuk bawa Adam mandi sungai. Kiranya kali pertama la kami ke sini. Bak kata Adam, kalau air sungai tu bersih, boleh la mandi. Kiranya, mungkin percaturan kami silap. Merancang untuk membawa anak-anak back to the nature pada musim hujan. Hujan mencurah-curah sejak sebelum subuh lagi. So, harapan untuk bermandi-manda musnah. Hihihi...


Dek kerana hujan, semua bersesak di dewan terbuka. Breakfast tidak disediakan. Namun, masing-masing telah siap sedia dengan bekalan masing-masing. Kami hanya membawa sandwich telur, nasi goreng dan kuih. Yang meriahnya, sebaik sahaja makanan diletakkan di atas tikar, tiba-tiba, pelbagai hidangan lain menyusul. Ada karipap, bihun goreng, nasi lemak, puding, nugget dan sosej. Rajinnya semua orang! Macam picnic :)


Walaupun cuaca gelap dan mendung, gembira kerana terpancar keriangan di wajah anak. Seronok kerana mendapat ramai kawan. 

Bayangkan jika mereka bebas berlari di kawasan terbuka? Sedangkan bersesak-sesak pun dah cukup menggembirakan hati.

Baby Syakir - nasib tak nangis. Abang Adam asyik dok cium-cium je.



Kiranya, walaupun cuaca amatlah tidak menyebelahi kami, namun majlis berjalan lancar. Tq friends for all the hard works. 

Owh... hujan berhenti menghampiri ke tengahari. Ramai juga yang turun mandi-manda. Kami terus membawa diri kerana ada komitmen lain yang menanti.

6 comments:

  1. alaaa silap percaturan la ni ek... air plak kotor

    ReplyDelete
  2. perghh, memang betul2 family day ni kakkk. 16 familyyyyyyyyyy!

    ReplyDelete
  3. Wahhh... tema pik tu yg nampak manis. Si comel pun tak tertinggal juga tu:)

    ReplyDelete
  4. alahai tak dpt mandilah ye..takpe yg penting enjoy kt sana.makan2 pun best apa..:)

    ReplyDelete
  5. wahhh...seronok nya family day...
    kami last buat bulan May hari tu..mmg haapening...
    ramai jg 16 family tu:)

    ReplyDelete