Colouring Contest @ Sungai Congkak

Family Day @ Sungai Congkak.

Masih berkisar di sekitar Family Day office mama. Event dirancang untuk setengah hari. Selepas lunch, masing-masing bebas untuk bermandi-manda atau berbalik ke tempat asal masing-masing.

Entry ini hanya hendak bercerita tentang pertandingan mewarna. Ada 4 kategori : 
  • <= 2 tahun
  • 3 tahun < x <= 6 tahun
  • 7 tahun < x <= 9 tahun
  • 10 tahun < x <= 12 tahun

Pertandingan berjalan serentak. Lately Adam agak obses dengan Halloween. Entah dari mana dan bagaimana. Jika mewarna, pilihan colour adalah agak pelik - dull sahaja, atau terus hitam ala-ala gothic. 

So, sebelum pertandingan dimulakan, mama bawa Adam melihat hadiah kemenangan. Hihihi... motivasi la konon.


Haaaa... kalau nak menang hadiah tu, kena colour cantik-cantik. Jangan buat macam Halloween. Mulanya, nampak berkesan. Namun, sebaik sahaja pertandingan dimulakan, Adam ralit melihat kanak-kanak lain mewarna.

" Colour Adam. Colour. Jangan tengok orang ".


Walaupun bermula dengan perlahan, akhirnya Adam colour juga.


" Anak friend mama yang dalam blog! ". Adam dapat mengenalpasti seorang abang. Yang disebelah itu adiknya. Mungkin Adam tidak perasan, sebab mama jarang tunjukkan entry si adik pada Adam. Mama lagi suka menunjukkan telatah si abang mewarna atau belajar :) Sekadar motivasi diri kepada Adam.


Yang ini pula adalah kawan pertama yang Adam dapat semasa event ni. Sibuk bermain. Agak-agak, kalau tempat ini luas, berlarian la berdua bermain. Kreatif juga dia mewarna. Warna-warni!

Yang di bawah ni, lagak Adam mewarna.




Walaupun permulaan agak slow, akhirnya, Adam mula serasi. Buat seperti rumah sendiri. Susah mungkin kena tunduk untuk mewarna. Baikla meniarap terus. Siap naik kaki :) Sayang pula kerana gambar ni blur.


Keputusan diumumkan. 


Terima kasih untuk juri yang memilih Adam. Hahaha. 

Yang pastinya, seronok mama dan Adam kenduri KitKat dan Mister Potato.

2 comments:

  1. wah dpt jugak hadiah si adam nie..dari gaya mewarna dah tahu, mesti boleh menang punya nie!hehe

    ReplyDelete
  2. singgah sini nak jemput join segmen : http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/11/pencarian-bloglist-musim-1-diari-farisha.html

    ReplyDelete