1 Buku Ladybird : Dulu Dan Sekarang

Sudah beberapa minggu hunting di MPH mencari buku Ladybird. Mama cari siri seperti ini. Buku ini keluaran awal tahun 1993 dan pihak MPH memaklumkan mungkin sudah tidak akan di reprint lagi. Owhhh.... Padahal, buku-buku tersebut masih relevan content nya untuk zaman ini dan bila-bila.

POPULAR masih belum diterjah lagi. Mungkin masih ada saki-baki yang masih belum terjual. 

Seingat mama, tahun 2002 buku-buku tersebut boleh masih boleh diperolehi. Namun, hendak dibeli ketika itu, mama pun belum kahwin dan tiada kepentingan rasanya. Nak dibaca sendiri? Tidak la kan...

Masih boleh lagi jika nak beli buku-buku tersebut. Mama ada jumpa. Tapi, bukan di bookstore. Dah jadi vintage book. So, harganya MAHAL. Tak pe la... dan belum terarah untuk membeli online from over the sea. Hihiihi.. Masih banyak lagi buku keluaran publisher lain kan...

Yang senang dicari pada masa ini adalah siri ini



Terjah mana-mana bookstore pun ada. Content dalam masih sama ketika zaman budak-budak dulu, cuma cover nya telah diperbaharui. Lebih cantik. Agak-agak memang senang entah berapa keturunan la penulisnya kan. Buku bagus, sampai bila-bila pun orang beli.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...