Breastfeeding And Weight Loss


Alhamdulillah, bayi telah pun lahir! Jadi, inilah masanya bagi pepatah ini - makan untuk dua orang. Eh? Baby dah keluar la.... kenapa baru kena makan untuk berdua? Kerana baby menyusu!

Badan ibu mengandung sememangnya menyimpan lemak-lemak di sini sana. Tujuannya adalah supaya ibu  mengandung mempunyai cukup tenaga untuk menyusukan baby setelah ia dilahirkan. Lemak-lemak yang tersimpan itu adalah sumber tenaga yang banyak untuk membolehkan penghasilan susu mengikut kehendak baby. Semakin kerap baby menyusu, semakin banyak pembakaran lemak dilakukan kerana proses penukaran zat makanan kepada susu memerlukan lebih 500 - 700 kalori berbanding keperluan biasa.

500 - 700 kalori yang extra itulah yang ibu makan untuk anaknya. Matlamat utama adalah untuk membekalkan susu yang mencukupi untuk baby. Namun yang lebih indahnya, disamping mengeratkan bonding ibu dan anak, 250 kalori turun terbakar setiap hari. Seolah-olah ibu sedang melakukan 30 minit senaman cardio setiap hari. Untungnya ibu menyusu!

Bayangkan gabungan penyusuan anak, diet pemakanan yang seimbang dan sedikit senaman. Wow! Silap-silap lebih gorjes dari sebelum mengandung :)

-- maknanya, kalau tak menyusu/tak mengandung kena la buat cardio untuk kurus :)

2 comments:

  1. Insyaallah nak cuba fully bf pas baby lahir nti..tp tak tahu la bley kurus ke tak klu dh start amalkan perancang keluarga balik.haha..

    ReplyDelete
  2. betul mama.....mak suka BF ni. naik pentas scale senyum lebar je. masa contest BL ritu nk dpt angka 8 punya laaa susah! skang tidak lagi....anak pun sihat mak pun selim. sikit jelaa..pelan2 kayuh :-)

    ReplyDelete