Berkreatif Dengan Sand Art

Lamanya tidak ber sand art. Padahal, ia adalah hiburan yang murah dan mudah. Namun, sangat menggembirakan. Sediakan barang-barang, dan wallah!!! Sampai tertiarap nak menyiapkannya.


Agak kemalasan nak keluarkan meja, jadi Adam ber sand art di lantai sahaja.


Tapi, macam biasa... yang hujung-hujung mama kena bantu. Adakah gambar pilihan terlalu besar? Rasanya hanya party size sahaja. Tak pernah pula jumpa yang lebih kecil daripada ini.


Bila anak dah start meminta tolong untuk sama-sama berganding bahu menyiapkan hasil kerja seninya, ibubapa perlu membantu. Ia adalah untuk mengelakkan anak menyimpan perasaan negatif di dalam dirinya. Tiada yang sudi membantu di kala anak di dalam kesusahan. Nampak remeh, namun, itulah kesusahan pada anak kecil. Sekurang-kurangnya, walaupun dengan pertolongan yang minima, anak sedar yang ibubapa mereka sentiada ada untuk membantu.

Hasil akhir? Hihihihi... tengok proses je la. Lupa nak snap sponge bob yang colourfull :)

3 comments:

  1. Bestnya adam.
    Buat benda ni kat ats lantai lg selesa rasanya...lapang n luas nk bgerak jd mudah fokus.

    ReplyDelete
  2. sesekali bersand art best nie.apalagi dpt lepak2 kt lantai.terbaik!

    ReplyDelete
  3. Kalao Mifz nampak colourful spongebob tuh pasti dia suka ;-)

    ReplyDelete