Bananas In Pyjamas


Lately, cartoon ni yang Adam layan. Comel aje kan. Mama tengok bersama Adam. Seronok aje. Until semalam, Adam tanya.

" Mama, yang mana bananas, yang mana pyjamas? ".

Erkkkk.... Nak terus bagi jawapan, mama test dulu. 

" Kalau ada 1 bird, orang panggil apa? ".

" Bird ".

" Kalau 2 bird? ".

" Birds ".

Ok, konsep singular and plural ada.

" Kalau 1 banana? ".

" Banana ".

" Kalau 2 banana? ".

" Bananas. Tapi, dia nyanyi - Bananas, pyjamas.... ".

" Owhhhh.... dia nyanyi - Bananas, in pyjamas.... Pyjamas tu sleepwear. Baju tidur ".

" Ohhh... macam tu. Ingat nama dia ".

Hahaha.... rupa-rupanya Adam konfius. Konfius dek tidak dapat menangkap dengan jelas theme song cartoon ni.

So, mama carilah lagu ni.... hihihi... untuk Adam dengar betul-betul. 



Seronok juga bila tahu yang anak kita dapat sesuatu dari siri cartoon kegemaran. Walaupun tv sebenarnya terpasang tanpa dihadap ( tv terpasang, tapi Adam main benda lain ), telinga dia terpasang untuk mendengar. Hihihi... bukanlah saja-saja ada duit lebih nak kasi kepada TNB :)

p/s : rumah kami memang tv sentiasa terpasang dengan chanel pilihan Adam. Cuma, geram kalau Adam mandi, tetap pasang chanel dia. Siap spotcheck lagi takut mama tukar channel. Dengar ke dalam bathroom? 

3 comments:

  1. hihi anak saya suka tengok cartoon korea robocar poli bahasa memamng out lama lama saya pun terjebak tengok cartoon tu. :)

    ReplyDelete
  2. hehe biasalah tu sama macam aiman.tp aiman dengan ibu je berani layan channel dia.klu abah ada,boleh jer tukar channel sbb takut abah.haha

    ReplyDelete