Bacalah Anakku : Bacalah Adam Ku

Sejak menggunakan buku pertama hari tu, buku kedua mengambil masa yang cepat untuk dihabiskan. Benarlah kata orang. Yang pertama adalah yang paling susah. Bukan susah untuk dihadamkan, susah bermaksud memerlukan masa yang agak lama untuk memahami konsep. Jadi, jika mengajar sesuatu yang baru kepada anak, biarkan dia mengambil selama mana masa yang diperlukan. Jangan putus asa jika anak lambat berbanding anak orang lain.


Alhamdulillah, buku kedua dihabiskan dalam masa yang pendek. Saja mama lengahkan membaca buku ketiga kerana mama takut Adam bosan pula. Disebabkan Adam yang over excited nak memulakan buku ketiga, maka dengan rasminya buku ketiga dibaca.


Surprisingly, Adam managed untuk baca sendiri sehingga ke muka surat 6. Phew... Saja mama nak test. Walaupun mulanya Adam takut-takut kerana belum pernah membaca buku ketiga ini, mama yakinkan Adam yang Adam boleh membaca. Kerana sehingga ke muka surat 6 ini, suku kata baru yang diperkenalkan adalah "ma", "mi", "mu", "ta", "ti" dan "tu". Mungkin kerana telah mula biasa dengan pattern di dalam siri ini dan juga telah tahu bunyi "m" dan "t" yang memudahkan proses tersebut.

Sebenarnya, siri buku ini tidaklah kami baca setiap hari. Takut bosan jika itu menjadi santapan setiap hari. Untuk mengelakkan bosan, mama gunakan ini. Ada mama ceritakan di sini, tapi, tiada gambar disertakan.


Mama tuliskan semua suku kata yang terdapat di dalam buku pertama di dalam satu flip-flap book, dan penambahan suku kata baru di dalam buku kedua di dalam satu lagi flip-flap book. 

Bunyi yang terhasil kadang-kala akan membuatkan kami gelak sakan. Kiranya semacam silly words yang keluar. Permainan seperti ini akan membuatkan Adam dan mama seronok. Secara tidak langsung, penggunaan buku yang sama akan dapat diminimakan.

Untuk buku ketiga, masih belum sempat dibuat lagi. Almaklumlah, mama beli start dengan buku ketiga sebenarnya. Cuma Adam yang teruja dan dia berjaya. Yang penting, biar Adam yakin dengan diri sendiri.

6 comments:

  1. baguslah...mesti best kalau men ngan flip flap book tuh..macam2 bunyi la kuar..haha

    ReplyDelete
  2. saya pun ada juga beli buku suku kata mcmtu utk anak sulung. alhamdulillah, dia pun jenis yg cepat tangkap. thn depan nak darjah 1. rasanya perlu hantar tuisyen BI dan belajar mengaji :)

    ReplyDelete
  3. belajar sambil berseronok yer...nice...:)

    ReplyDelete
  4. bagus la mama adam..pembelajaran nie mmg kena jadikan ia seronok,baru dpt tarik minat budak2 macam adam nie kan..:)

    ReplyDelete