Si Pemalu Yang Yakin Diri

Adam seorang yang pemalu. Perlu ada ice-breaker untuk Adam berinteraksi dengan ramah-tamah terhadap sorang dewasa. Dengan budak-budak, tidak begitu pula. Pemalu masih ada, namun untuk lima minit pertama. Kemudian, boleh bebas bermain bersama. Entah, mama tahu Adam pemalu orangnya, tapi, bukanlah pasif. Adam ada keyakinan untuk melakukan sesuatu.

Sesuatu berlaku di school Adam semalam. Adam membacakan buku di hadapan rakan sekelas. Wow! Kali pertama rasanya. Teacher minta Adam membacakan buku cerita. Buku ini

Adam orang pertama mendapat star kerana menjadi budak pertama yang berjaya membaca sebuah buku. Buku ni homeowrk. Teacher bagi bawa balik untuk belajar di rumah. Weeeee!!!! I'm proud of you. Nampakkan, walaupun hanya 10-15 minit sehari, jika konsisten akan ada hasilnya.

Mama tanya Adam apa perasaan dia. Sebab, teacher telah menjadikan Adam benchmark untuk skill membaca di dalam kelasnya. Adam jawab " Tu la... sebab hari-hari Adam study. Jadilah clever ".  

Isu boleh membaca tu, memang menggembirakan hati mama. Tapi, lebih menggembirakan apabila Adam membaca di hadapan 9 rakan dan seorang teacher. Juga pujian yang teacher berikan. Pastinya rakan-rakan Adam juga bersemangat mendengar dan mahu bersaing. Bagi mama, ia adalah satu perkara yang baik di dalam membina keyakinan diri dan self-esteem Adam. Anak yang yakin akan kebolehan dirinya, pasti boleh berjaya walaupun terjatuh. Itu pendapat mama. Jadi, dengan adanya pengalaman seperti ini, pastinya Adam lebih bersemangat dan berkeyakinan. 

Mama sentiasa memberikan reward pujian dan galakan kepada Adam dalam melakukan sesuatu. Namun, kali ini pastinya berbeza dan bermakna. Adam dipuji oleh teacher di hadapan rakan-rakan. Pastinya satu pengalaman yang baik untuk Adam. Satu reward yang baik untuk meraikan kejayaan.

3 comments:

  1. adam br 4 thn kan, so kira dia cepat la jugak mbaca... tahniah tau mama

    ReplyDelete
  2. Baru 4tahun ke?Kebanyakan budak2 ne umur 5,6 tahun belum reti bace.btw Adam memang bijak.

    ReplyDelete
  3. Pandainye adam~! Bangga dengar budak bijak mcm adam... Anak-anak memang disarankan untuk meningkatkan self esteem dia. Amalkan pujian ikhlas dan galakan, insyaAllah cergas dan cergas. Sy ada 7 anak saudara perempuan 6bulan-5tahun. Yg saya nampak, budak-budak yg selalu dikelilingi org lebih dewasa cepat matang dan pandai berkomunikasi. Ada seorang anak sedara tak sampai umur setahun, boleh cakap jelas dan fasih. Siap boleh tegur ramah bila jumpa. Walaupun org tak kenal. Kelakar bila ingat balik. :)

    ReplyDelete