Pergerakan Bayi Dalam Kandungan | Kali Pertama

Kali terakhir mama mengandung adalah lima tahun lepas. Lima tahun la... kerana Adam baru empat tahun. Tapi, mama sangat teruja untuk menulis pasal pergerakan bayi dalam kandungan. Semalam, anti call mama bagitau baby dah start kicking! Walaupun sudah terlalu lama rasanya, tapi, bagi mama itulah moment yang paling indah sepanjang mengandung. Bila Adam menendang!

Untuk anti, usia kandungan adalah 19+ minggu. 

Kalau diikutkan, seawal usia kandungan 15 minggu lagi pergerakan bayi sudah boleh dirasa. Namun, untuk first timer, rasanya kebanyakan kita tidak sedar yang itu adalah pergerakan bayi. Gerakan awal adalah sangat lembut dan halus.  Al maklum lah otot belum kuat. Mungkin ada yang merasakan itu adalah pergerakan usus atau angin di dalam perut!

So, untuk anti, jangan risau. Baby sedang giat menendang dan berpusing. Insya Allah anti sihat-sihat sahaja.

Jangan risau jika pergerakan baby tidak dirasai secara tetap. Sebab, baby itu masih terlalu kecil. Pergerakan bayi mungkin dirasai selang beberapa jam atau sehari dua. Namun, jika tiada pergerakan sehingga pertengahan bulan yang ke lima, teruslah ke klinik untuk melakukan ultrasound. 

Dalam keadaan bayi yang masih kecil, mama tak pasti la pulak boleh kah kita mengejutkan bayi yang sedang berehat semasa dalam 19+ week ni. Ye, seperti kita, baby juga memerlukan masa untuk berehat. 

Tak ingat dah. Tapi, bila kandungan makin besar, agak-agak baby tak bergerak, memang mama kejut. Caranya, usap perut dan bercakap sebentar dengan baby. Insya Allah baby akan membalas. Semakin baby membesar, pergerakannya semakin kerap.

Respon inilah yang menggembirakan hati ibu. Belum lagi keadaan perut senget sebelah atau terbonjol sini-sana. Syoknya!!!

Adam dah tak sabar nak dapat kawan baru. Adam kata, kalau boy Adam ada banyak permainan untuk dikongsi bersama. Kalau girl, kena main permainan boy la :)

p/s : untuk anti Queen, sabar ye... Nikmati lah moment indah dalam hidup kita.

8 comments:

  1. mula2 baca tajuk, ingat mama adam ni rahsiakan dlm perut dah ada baby.. n baby dah gerak.. hihi

    ReplyDelete
  2. ingatkan mama adam yang pregnant...bila la adam nak dapat adik ... ^_^

    ReplyDelete
  3. moment yang terindah bila ingat anak2 bergerak dlm perut...apa lg mama adam...jom SKT thn dpn hahahha

    ReplyDelete
  4. mak memang ready.....mama ni bila? hehehe anyway lebih laju dari saya. baru nak story...haha thx mama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lalalala.... Tulis ikut sedap rasa. Hahah

      Delete