Gelagat Adam Menonton TV


Aktiviti santai di malam hari adalah menonton tv. Selain daripada aktiviti makan-makan, menonton tv juga boleh dijadikan bonding activity antara ahli keluarga. Menonton cerita yang sama, gelak bersama dan menjawab soalan bila ditanya.

Ada satu habit Adam. Jika menonton kamen rider, pastinya dengan suara asal - Jepun. Jika menonton ultraman, pastinya audio bahasa Melayu. Cerita-cerita lain juga menggunakan audio asal. Tapi yang bestnya, bila menonton Upin dan Ipin. Adam prefer English! Nak belajar katanya. Jadilah mama sebagai translator tidak berbayar. Padahal, kalau ikutkan hati mama, suara asal lagi best! Original gitu.

Lagi satu, Adam kan suka main game. Siang malam asyik lah bermain game. Yang mama perasan, walaupun Adam converse in Malay, tapi, bila bermain lawan-lawan, selalunya keluar ayat English. Sentence dan bukan words! Kagum dengan pengaruh gadjet ke atas anak.

Macam-macam ragam anak ni. Tapi seronok la jugak. Hidup terasa lebih meriah.

4 comments:

  1. baguslah kalau bagi impak positif kat adam..hehe

    ReplyDelete
  2. Tulah kan? Bdk skrg n gadjet mmg xdpt dipisahkan. Bgus adam dpt manfaatkan gadget ni.... Byk nampaknya kesan positif pd adam.

    ReplyDelete
  3. bagus ni.. sekurang2nya ia bg perkembangan yg positif utk adam :-)

    ReplyDelete