Kisses | Ciuman Penuh Kasih Sayang

Hug and kisses. Bagi mama, perkara biasa, walaupun di khalayak ramai. Peluk dan cium anak. Mungkin juga Adam masih kecil, belum malu dipeluk cium. Sudah besar, mungkin Adam agak malu juga ;p

Kenapa menulis pasal peluk cium ni? Kerana ada rakan-rakan mama yang tidak biasa memeluk dan mencium anak sendiri. Bukan tidak sayang kan anak, cuma, mungkin bukan itu caranya untuk dia meluahkan perasaan kasih dan sayang. Kadang-kadang si ibu hanya memeluk dan mencium anak setelah anak kecil itu tidur.

Lain orang, lain caranya. Tapi, mama suka peluk dan cium Adam semasa Adam sedar, juga ketika Adam tidak sedar : tidur. Kerana, mama mahu Adam tahu mama sayangkan Adam. 

Ada satu hadith nabi : Nabi SAW mencium Hasan (cucu Baginda SAW), ada bersama baginda SAW ketika itu seorang sahabat bernama Al-Aqra’. Sahabat itu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun dari mereka!.
Nabi SAW bersabda:
(( مَنْ لَا يَرْحَمْ لَا يُرْحَمْ ))
“Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi”.
(Sahih Adab Al-Mufrad, Al-Bukhari, No Hadis 91)

Semoga jika anak kita tahu kita sayang kan dia, dia akan membesar dan membalas kembali kasih sayang kita. 

2 comments:

  1. sy suka peluk ciun abah mama sblm mereka pergi kerja dan wktu2 lain pn sma. jd mcm 1 kemestian ...:)

    ReplyDelete
  2. Hapy klau peluk anak...semua masalah hilang...kdg2 peluk smpai budak2 plak rimas menjerit...ada ke kwn2 yg x suka peluk anak???peliknya rs hehe

    ReplyDelete