Kesan Perasaan Takut Terhadap Anak

Ini adalah article yang mama dapat dari email. Mama subscribe dari sini. Memang selalunya, emel yang dihantar memberi manfaat dan menambahkan ilmu. Siapa teringin, silalah subscribe. 

Selalu tak menonton TV bersama dengan anak? Memang saya pernah katakan cuba kurangkan menonton TV. Bukan sahaja mencuri masa kita bersama keluarga malah mencuri masa kita menguruskan selain ia tidak baik untuk anak-anak kita. Tapi andaikata, hendak juga menonton TV, terutama cerita seram yang sukar untuk kita lepaskan kerana intro iklannya yang terlalu selalu diulang-ulang, di siarkan, pastikan menontonnya ketika anak tiada.. contohnya mereka sudah tidur atau pergi keluar bermain. Mengapa cerita seram terlalu banyak dikeluarkan oleh penerbit filem kita? Mudah saja logik jawapannya... kerana sambutannya yang menggalakkan. Peminatnya ramai.. Kalau tiada demand, tiada supply. Kita adalah asas senario di arena perfileman di negara kita sendiri! Menyebabkan orang ramai terutama kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa lebih takutkan hantu dari TUHAN!

Takut pada kanak-kanak ini bukan sahaja datang dari cerita di TV. Kadang-kadang ia datang dari ibubapa itu sendiri. Ada ibubapa yang menakutkan anak sendiri dengan kegelapan, atau apa sahaja yang ditakuti oleh anak seperti lipas, serangga, cicak dan sebagainya. Mungkin niat kita melakukan pada mulanya adalah untuk bergurau dengan anak tetapi penerimaan anak kita pula adalah satu ketakutan dan bukannya gurauan.

Sekadar berkongsi kata-kata dari 'Arb Bin Saad : 
"Anak-anak akan lemah badannya bila diserang rasa takut, penat dan mungkin dihinggapi kebodohan apabila sering ditakut-takutkan. Sikap selalu menakut-nakutkan anak boleh membunuh perasaaan dan jiwanya lalu menyebabkan nilai-nilai murni dalam dirinya mati. Sesiapa yang mati perasaannya, tidak diharapkan daripadanya sebarang kebaikkan. Hidupnya juga tidak akan membuahkan hasil."

(dari 'Arb bin Saad)
Apa kata kita  berhenti menonton filem seram bersama anak dan gantikan masa TV atau masa mahu masuk tidur dengan mereka, kita bercerita tentang kisah kehebatan orang-orang Islam zaman dahulu..


Juga sebaiknya latih anak untuk menghafal ayatul Kursi dan beritahu mereka akan kuasa dan khasiatnya. Jika bila-bila masa mereka takut, latih mereka untuk membacanya sendiri walau dimana mereka berada. Bukan susah untuk menghafalnya. Kedua dua anak saya boleh menghafalnya pada umur 3 tahun lebih dan saya pasti kanak-kanak lain juga boleh menghafalnya jika mereka dilatih.  

3 comments:

  1. terima kasih sebab sharing arikel ne.Cik lebih suke on9 dari tonton tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh... MA both. tv dan on9 sekaligus. hihihi....

      Delete
  2. saya xsk bg alisha tgk cite2 seram camni + kami suami is3 pun mmg xbrp suka..

    lg 1, kan, bg saya, k8ita pun x elok nak takut2kan ank2.. contohlah, jika anak nak buat sesuatu n kita cakap... haaa buatlah nanti ada "dot dot" datang... sebenarnya ia xda apa2 pun, tp sbb diri kita ni mls nak layan ank time tu, so, kita pun takut2kan dia spy dia xbuat... ni pun mcm x elok jugak kan.. dah sekat pembelajaran anak...

    contohnya mcm saya, ms kecik, sy ditakut2kan dgn kucing hitam.. kesannya sampai skrg sy mmg takut kucing..

    ReplyDelete