Homework - For The Very First Time

Adam bawa balik homework! For the very first time! Luar biasa la juga untuk nursery ada homework. Hahaha... 

Pada awal tahun, nursery ada collect duit untuk memberi beberapa buah buku latihan anak-anak. So, inilah bukunya. Matematik. Mama buka dari satu muka ke satu muka surat yang lain. Memang buat tebuk-tebuk la. Mama faham lah. Banyak aktiviti di nursery. Bukan boleh commit kepada satu-satu benda.

Adam cukup teruja untuk menyiapkan homeworknya. Sikit sahaja. Dua muka surat. Setiap muka surat ada 3 - 4 soalan. 


Nasib baik dua muka surat. Kalau teacher bagi tiga muka surat, makan hari la Adam nak menyiapkan ;p

Tekun!


Hihiihi... macam susah aje soalan tu.


Jari juga yang berguna. Teringin nak ajar guna abacus, tapi, mama tak pandai. Kena rajinkan diri belajar la kalau nak ajar Adam. Jealous dengan asyraf

Buku ni, mama lihat banyak yang tidak bertanda / disemak oleh teacher dari yang disemak. 


Hasil kerja Adam di pertengahan tahun. Page 33. Tebal buku ni.

So, alang-alang buku berada di tangan Adam, sibuklah dia menyemak sendiri hasil kerjanya. Sebekas reward stamp dikeluarkan.


So, Adam sibuk lah memberi rewards untuk diri sendiri. Jika bukan kita yang nak puji diri sendiri, siapa kan? Self motivation la ni. 


Agak-agak, teacher terkejut tak Isnin nanti? Buku Adam penuh dengan pelbagai stamp!

5 comments:

  1. Wah,budak2 sekarang...cerdik dan cekap. Mesti teacher adam gembira adam siap keje.

    ReplyDelete
  2. Mcm sama je baju tu...mama adam mn cari stamp tu...aku nak beli jgk...bg motivasi kat asyraaf nak x hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom p beli. Dua yg besar tu, book shop opposite ngan mr. DIY. Yg lain2 tu, ada kt jusco, ada kt mr. DIY.

      Delete
  3. RAJINNYE ADAM .. RAJIN2 SIAP KAN KEJE SKOLAH ERK ADAM

    ReplyDelete
  4. wah pandainya adam.. saya plak rasa teruja.. xsbar nak tunggu tuirn alisha lak.. hihii

    ReplyDelete