Brachiation Joy


Brachiation bars adalah benda yang common di mana-mana playground. Dengar nama macam pelik, sebenarnya adalah monkey bar. Tempat anak-anak bergayut. 

Dulu mama rajin juga membaca info di YourBabyCanRead. Ia adalah forum bagi ibu-ibu yang sukakan kaedah Doman. Di situ, monkey bar is a must. Siap ada spesific size lagi. Dan, kebanyakan parents akan membina atau membeli set monkey bar untuk diletakkan di rumah. Ye la, benda baik, so tak salah untuk invest sedikit.

Untuk mama, tidak lah sampai nak membina atau beli monkey bar ni. Cukup sekadar ajak Adam mencuba apabila kami ke playground. Setelah hampir dua minggu mencuba, akhirnya Adam sudah mula yakin untuk melakukannya sendiri. Yeay! Walaupun masih di dalam pengawasan mama dan tidak laju seperti budak-budak lain, mama yakin jika Adam rajin mencuba, Adam akan pandai. Ayat motivasi untuk Adam, " Practice makes perfect! ".

Ha... yang ni, memang tak boleh nak snap pictures. Sebabnya adalah di dalam pengawasan mama bermaksud Adam swing ke depan dengan kakinya mengepit badan mama. Hihii..

Sesekali, ada juga Adam buat sendiri. Tapi, selalunya, belum sampai hujung lagi, mama dah kena sambut. Insya Allah kalau Adam selalu buat, nanti Adam boleh buat. Ke depan ke belakang lagi! Cuma, sekarang musim hujan, minggu ni tak dapat buat walau sekali pun.

5 comments:

  1. ooo benda ni namanya Brachiation bars , baru saya tahu... budak2 mmg suka ni kan? kita yg mak2 ni je risau nk bg anak main takut jatuh... adam dah pandai main ni baguslah.. naim baru 2 thn lbh, setakat ni bg dia main ni mmg tgk btl2 n bnyk bantu dia..

    ReplyDelete
  2. ohh peliknye nm bnda ni..ehehe..^__^

    ReplyDelete
  3. penah gak nak try main bnda ni dulu...tp sakit ketiak...hehe


    akak kena tag ^_^

    http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/10/saya-nak-menang-doodle.html

    ReplyDelete
  4. aah lah..kalau tak tulis monkey bar..mesti org tak tau nama tu..hehhe.. ade org ckp kan, kalau nak bagi anak panjang, bergayut lah kat monkey bar tu selalu..tapi pelik jugak ye, bukan ke tangan jek panjang nanti..hehehe.. tapi saya mmg suka suh anak try monkey bar ni, bagi tangan & kaki kuat:)

    ReplyDelete