Membanting Tulang Di Rumah

Kata orang, anak seorang terlalu dimanjakan. Betul. Adam dimanjakan. Tapi, rasanya masih terkawal. Setiap kesalahan tetap ada hukuman.

Alhamdulillah kerana telah diajar dari kecil, Adam simpan sendiri barang permainannya. Tidak lah sekemas mana, tapi, cukuplah sekadar ianya tidak bersepah. Tu yang cari tak jumpa tu. Hihihi. Tapi, yang bestnya, kadang-kadang Adam minta tolong mama kemas sama.

" Mama, jom kemas toys Adam ni. Adam tak larat ".

Tak ditolong, macam tak patut. Akhirnya, sama-sama la mengemas. Niat hati, sapa main, dialah kemas ;p

Disebabkan Adam perlu membuat beberapa perkara sendiri, jangan tak tahu. Walaupun pendiam, kadang kala Adam membebel juga. Contohnya, jika kasut tidak disusun di atas rak kasut...

" Siapa ni yang tak keep shoes dia. Tired Adam dengan mama. Asyik kena tidy up aje ".

Hihihi... tapi kesannya, kasut bersusun selepas itu. Fuhhhh... untung ada Adam :)

Tapi, kes di bawah ni, Adam tertumpahkan air. Katanya dengan senyum simpul, " Mama tolong lap ". Hahaha.... takdenya. Mama ambil kain bagi pada Adam. Mungkin kerana Adam tidak dimarahi, maka, Adam tidak akan berbohong mengatakan bukan dia yang menumpahkan air tersebut. 

Pemerhatian mama, setakat ini Adam belum pernah berbohong. Mungkin tiada elemen marah dimasukkan, maka, berbohong untuk mengelakkan dimarahi tidak relevan di sini. Tapi, punishment tetap ada. Sekadar untuk mengajar anak supaya lebih bertanggungjawab.



Hasilnya, malam tadi minum milo terus habiskan dan letak mug terus di sinki. Haaa... kalau tak, minum sikit-sikit, letak tepi. Itu yang tak perasan tersepak tu. Penatkah mengelap?

Bukan niat nak mendera, cuma nak memupuk rasa bertanggungjawab ke atas hak milik dan perbuatan sendiri. Bak kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

8 comments:

  1. good job...mak also tengah ajar anak2 lepas minum anta terus ke sinki dapur walaupun dia x basuh at least apa yang dia guna akan dibawa ke dapur terus...skrg my son pun dah pandai after makan terus bw pinggan ke dapur..good job adam...bantu mak dapat pahala ;)

    ReplyDelete
  2. Bgus tau ajr anak lelaki mcm ni sejak kecik. Bukti yg pernah jumpa, kenalan rapat sy dah terdidik ambil tau hal dapur, dan rumah sejak kecik. Pulak tu ada abg kaki buli suruh buat itu ini. Alhamdulillah, dia mmg sgt berbeza dgn kebanyakan lelaki. Serba serbi tau buat. Masak, kemas rumah, kerja menukang, pasang2 peralatan elektrik... Semua dia tau buat. Semoga adam jugak jadi anak rajin dan tak nyusahkan mama... ;)

    ReplyDelete
  3. bagus didik anak buat sendiri...lpas nih kalo jd lg die tau ape nak buat dh

    ReplyDelete
  4. Adam ni bagusla dia... Nati dh besar pun kena teruskan mcm ni ye.. Btl ckp yg skrg ni anak lelaki r perempuan sama je, yg penting cara didikan betul.. Xtimbul soal rajin n malas by gender.

    ReplyDelete
  5. bagus suruh diorg buat sendiri.. lama2 nanti diorg oklah kan.. xdelah asyik mama je.. heheheh..
    :)

    ReplyDelete
  6. Melentur buluh biar dari rebung nya..:)
    Pandai adam :)

    ReplyDelete
  7. bagus adam!!.. cam alisha lak, dia tak suruh saya lap tp dia kelam kabut mintak kain utk dia lap.. hihii

    ReplyDelete
  8. gud boy... adam kecik2 da pndai bdikari. its awesome. hehe tp tu la milo kalau tumpah atas karpet mesti ssh nk bersihkan

    ReplyDelete