Permainan Budak Lelaki

Suatu petang di Hari Raya Aidiladha. Selepas semua kekenyangan makan, Adam berseronok mendapat uncle yang sudi melayan Adam bermain.


Patchwork | Menampal Itu Best

Tampal-menampal di malam hari. Tampalan yang ini, mampu pulak Adam siapkan sorang-sorang. Tidak memerlukan backup player. Mungkin sebab kecil sahaja saiznya. Sebesar tapak tangan Adam sahaja. Just nice.

Ronyok-ronyok kertas, sapu gam dan tekan. Siap. Walaupun simple sahaja aktivitinya, sebenarnya, kena gumpal kertas tu kemas-kemas. Supaya hasil akhirnya kemas juga. Kalau tidak, ada yang terbuka kembali setelah digam.

Sedang khusyuk menggumpal crepe paper.




Projek menghabiskan gam :)

Haaa... kan dah kata. Kena gumpal kertas tu kemas-kemas tau. 


Memikat Dan Terpikat

Di kawasan perumahan kami, di adakan kelas taekwando pada setiap Selasa, malam. Mama teringin sangat untuk masukkan Adam ke kelas taekwando. Bukanlah untuk mengganas, namun untuk berkawan. 

Maklumlah, school Adam jauh dari kawasan rumah. Oleh itu, jika main di playground pada petang-petang, Adam memang tiada kawan. Mengendeng-ngendenglah dengan sesiapa yang sudi untuk bermain bersama. Kebiasaannya, budak-budak besar ni memang tak mahu bermain dengan mereka yang di tahap adik-adik ni.

At least dengan adanya aktiviti seperti ini di kawasan perumahan kami, maka Adam akan mendapat kawan. 

Satu malam, mama turun bersama Adam. Menjamu mata melihat aksi kakak-kakak dan abang-abang berlatih taekwando. Owh... terdapat juga beberapa orang adik-adik yang masih belum mampu menerima arahan. Rasanya, maybe parents mereka hantar untuk mengajar anak bersosial.


Adam follow dari jauh. Nampak gaya memang dah terpikat. Terus tanya mama bila boleh masuk taekwando. Ikutkan mama, boleh aje Adam nak join. Cuma, mama minta Adam fikirkan dulu : enroll di sini atau di school next year. Sebab, di school itu, taekwando diwajibkan.



Susah lah nak main fight dengan Adam lepas ni. Sebab Adam ada skill teakwando :)

Cabaran Menunggang Basikal

Berbasikal adalah satu aktiviti riadah yang murah dan sangat menyihatkan. Selain dapat bersenam dengan melatih otot-otot supaya menjadi kuat, dapat juga merehatkan minda dengan mengayuh di kawasan-kawasan yang selamat dan sesuai.

Namun, mengayuh di permukaan rata sama sekali tidak sama dengan kayuhan di permukaan berbukit. Adam laju je mengayuh di permukaan rata. Namun, ...


Sesekali Adam turun dan menolak basikal dengan tangannya. Hihihihi... berat katanya. Tolak lagi senang. Tapi, untuk melatih otot supaya kuat dan gagah perkasa, mama suruh Adam kayuh juga. Biar lambat, asal bergerak. 

Ia menjadi satu cabaran yang sihat kepada Adam. Cabaran secara fizikal dan juga mental.

Shopping-Shopingan

Seronok bermain pricing scanner. Errr.... benda dalam gambar ni la. Seronok pulak bila di scan. Happy shoppingan Adam :)



Chicken Licken

Semalam Adam di supply dengan buku ini - Chicken Licken. Mama bacakan bukunya kepada Adam. 


Tajuknya sangat catchy. Sesuai untuk belajar English literature. Cuma, kurang pasti dengan penyampaian mama. Fahamkah? Atau bosan kerana mama membaca dengan mono tone. Hihihih... keletihan sebenarnya. 

Namun, mama berharap agar Adam bawa balik buku itu semula pada hari ini. Rupanya tidak. Semalam sahaja. Hmmm...

Mama jumpa ini. Sesuai sangatlah untuk dijadikan supplement kepada buku tu. Walaupun sedikit berbeza berkenaan what's falling down from the sky dengan ending, namun cukup la untuk pemahaman budak. 



Later, maybe mama boleh draw ikut jalan cerita Chicken Licken. Seronok bila Adam happy ;)

Dinasour Bertelur Lagi | Harapnya Kali Ini Menetas

Projek di pagi minggu. Alhamdulillah Adam tidur awal sekarang. Bangun pun awal la :)

So, untuk mengisi masa sebelum ke mana-mana di hujung minggu, Adam membina sebiji dinasour egg. Besar! Bukan seperti dulu, telur kali ini lebih besar. Silap mama kerana tiup belon besar-besar. Patutnya, biar saiz kecil aje. Hihihi.

Spring cleaning meja di office, mama bawa balik sedikit recycle paper. Yang colourfull la.... hitam putih tak mahu. Hihihi.. memang bawa untuk projek ini. 

Aksi Adam yang gembira di pagi hari.




Koyak-koyak kertas, terus gam pada belon. Adam buat intro sahaja, sudah bosan. Seperti dulu, mama lah yang kena sambung. Sebab itulah sepatutnya tiup belon yang kecil sahaja. Hihihih. Habiskan juga, kerana Adam nak bawa pergi school untuk main dengan friends. Dinasour egg yang dulu juga, ada di school. Adam bawa pergi school dan tak bawa balik semula.

Sebab dah cantik colour nya, tak perlu susah payah nak colour kan lagi.



Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Anak

Article ini, mama ambil dari sini. Insya Allah boleh diamalkan.

Cara meningkatkan keyakinan diri anak anda:
1. Ajar anak anda mengenal Allah dan Rasulullah s.a.w. Jangan menakut-nakutkan anak anda dengan perkara-perkara yang tahyul seperti hantu dan sebagainya sebaliknya ajarkan anak anda supaya hanya takut kepada Allah dan mencontohi Rasulullah s.a.w. Ceritakan kepada anak anda tentang keperibadian Rasulullah agar satu hari nanti dia akan mencontohi keberanian baginda.
2. Contoh melalui teladan. Kanak-kanak sering belajar melalui pengamatan dan tentu sekali mereka akan mencontohi orang yang terdekat dengan mereka iaitu kedua orang tuanya. Tunjukkan keyakinan diri yang tinggi di hadapan anak anda agar ia boleh dicontohi oleh mereka. Ingat, yakin diri tidak sama dengan meninggi diri! Tunjukkan keyakinan di hadapan anak anda tetapi elakkan dari berkelakuan sombong dan meninggi diri.
3. Beri galakkan kepada anak anda. Ini termasuklah menggalakkan dia supaya berkawan dan bermain dengan rakan-rakan sebaya. Sokong anak anda jika dia ingin melakukan sesuatu hobi yang bermanfaat untuknya. Jangan sekat potensi mereka selagi perkara itu tidak bertentangan dengan agama dan moral kita.
4. Beri ganjaran kepada mereka. Iktiraf kejayaan mereka. Tentu ada sebabnya mengapa kanak-kanak tadika diberikan “bintang” oleh guru-guru mereka apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang baik. Ia merupakan sejenis “ganjaran” atas sesuatu yang dilakukan mereka. Ganjaran ini dapat memberikan mereka rasa percaya diri yang tinggi dan dapat membentuk karekter mereka. Berikan ganjaran kepada anak anda. Tidak perlu yang mahal-mahal kadangkala perkataan “tahniah!” sudah memadai.
5. Beri mereka tanggungjawab. Amanah ataupun tanggungjawab merupakan satu cara yang baik untuk meningkatkan keyakinan diri seorang kanak-kanak. Tanggungjawab yang anda berikan kepada mereka dapat membuatkan mereka berasa dipercayai oleh ibu-bapa mereka sekaligus melonjakkan keyakinan diri mereka. Mungkin anda boleh beri tanggungjawab untuk mengemas bilik mereka setiap hari. Pastikan anda sentiasa mengawal dan sekali sekala berikan hadiah kepada mereka sebagai pembakar semangat.
6. Hormati orang lain. Ajar anak anda supaya menghormati orang lain terutama orang yang lebih tua. Pastikan anda tidak menunjukkan sikap yang tidak baik seperti mengata atau mencaci orang lain di hadapan anak anda. Merendah-rendahkan orang lain adalah satu tanda bahawa seseorang itu tidak mempunyai keyakinan diri.
7. Biarkan anak anda gagal! Mungkin point yang terakhir ini agak ekstrem tetapi cara ini dapat memupuk keyakinan seseorang untuk lebih berusaha. Anda sebagai seorang ibu atau bapa harus memberikan galakan supaya anak anda mencuba lagi sehingga berjaya. Elakkan dari mengejek atau mentertawakan kegagalan mereka. Jadilah seorang ibu-bapa yang positif yang menanam sikap positif ke dalam fikiran anda anda.

Si Pemalu Yang Yakin Diri

Adam seorang yang pemalu. Perlu ada ice-breaker untuk Adam berinteraksi dengan ramah-tamah terhadap sorang dewasa. Dengan budak-budak, tidak begitu pula. Pemalu masih ada, namun untuk lima minit pertama. Kemudian, boleh bebas bermain bersama. Entah, mama tahu Adam pemalu orangnya, tapi, bukanlah pasif. Adam ada keyakinan untuk melakukan sesuatu.

Sesuatu berlaku di school Adam semalam. Adam membacakan buku di hadapan rakan sekelas. Wow! Kali pertama rasanya. Teacher minta Adam membacakan buku cerita. Buku ini

Adam orang pertama mendapat star kerana menjadi budak pertama yang berjaya membaca sebuah buku. Buku ni homeowrk. Teacher bagi bawa balik untuk belajar di rumah. Weeeee!!!! I'm proud of you. Nampakkan, walaupun hanya 10-15 minit sehari, jika konsisten akan ada hasilnya.

Mama tanya Adam apa perasaan dia. Sebab, teacher telah menjadikan Adam benchmark untuk skill membaca di dalam kelasnya. Adam jawab " Tu la... sebab hari-hari Adam study. Jadilah clever ".  

Isu boleh membaca tu, memang menggembirakan hati mama. Tapi, lebih menggembirakan apabila Adam membaca di hadapan 9 rakan dan seorang teacher. Juga pujian yang teacher berikan. Pastinya rakan-rakan Adam juga bersemangat mendengar dan mahu bersaing. Bagi mama, ia adalah satu perkara yang baik di dalam membina keyakinan diri dan self-esteem Adam. Anak yang yakin akan kebolehan dirinya, pasti boleh berjaya walaupun terjatuh. Itu pendapat mama. Jadi, dengan adanya pengalaman seperti ini, pastinya Adam lebih bersemangat dan berkeyakinan. 

Mama sentiasa memberikan reward pujian dan galakan kepada Adam dalam melakukan sesuatu. Namun, kali ini pastinya berbeza dan bermakna. Adam dipuji oleh teacher di hadapan rakan-rakan. Pastinya satu pengalaman yang baik untuk Adam. Satu reward yang baik untuk meraikan kejayaan.

Doa Mendapat Anak Yang Soleh


Hanya perkongsian dari article yang di share di FB.

Sepuluh hari pertama bulan Zulhijah banyak-banyak berdoa. Bagi ibu-ibu hamil, hadiri majelis ilmu dan berdoalah agar dapat anak yang alim. Insya Allah dikabulkan.

Berkata Al-Hakim: aku mendengar Ustaz Abu Walid Al-Naisaburi berkata apabila beliau tengah sakit tenat: Ibuku bercerita kepadaku: "Apabila aku tengah mengandung dirimu, Abbas bin Hamzah membuka majelis ilmu. Aku meminta izin kepada ayahmu untuk menghadiri majelisnya di hari-hari sepuluh (Zulhijah). Dan ayahmu mengizinkan. 

"Di akhir majelis, apabila semua murid beranjak meninggalkan majelis, aku melihat Abbas bin Hamzah tengah berdoa. Dalam hati aku berdoa: 'Ya Allah, berikanlah aku seorang anak yang alim."

Pada malam itu, aku melihat seseorang dalam mimpi berkata: 'Bergembiralah. Allah telah mengabulkan doamu. Allah memberimu anak lelaki yang alim. Dia akan hidup seperti usia ayahmu."

Abu Al-Walid berkata: "Ayah ibuku hidup 72 tahun. Dan tahun ini usiaku sempurna 72 tahun."

Berkata Al-Hakim: "Ustaz hanya hidup 4 hari selepas menceritakan kisah ini." (Dari Tabaqat al-Syafiiah Al-Subki)

Membanting Tulang Di Rumah

Kata orang, anak seorang terlalu dimanjakan. Betul. Adam dimanjakan. Tapi, rasanya masih terkawal. Setiap kesalahan tetap ada hukuman.

Alhamdulillah kerana telah diajar dari kecil, Adam simpan sendiri barang permainannya. Tidak lah sekemas mana, tapi, cukuplah sekadar ianya tidak bersepah. Tu yang cari tak jumpa tu. Hihihi. Tapi, yang bestnya, kadang-kadang Adam minta tolong mama kemas sama.

" Mama, jom kemas toys Adam ni. Adam tak larat ".

Tak ditolong, macam tak patut. Akhirnya, sama-sama la mengemas. Niat hati, sapa main, dialah kemas ;p

Disebabkan Adam perlu membuat beberapa perkara sendiri, jangan tak tahu. Walaupun pendiam, kadang kala Adam membebel juga. Contohnya, jika kasut tidak disusun di atas rak kasut...

" Siapa ni yang tak keep shoes dia. Tired Adam dengan mama. Asyik kena tidy up aje ".

Hihihi... tapi kesannya, kasut bersusun selepas itu. Fuhhhh... untung ada Adam :)

Tapi, kes di bawah ni, Adam tertumpahkan air. Katanya dengan senyum simpul, " Mama tolong lap ". Hahaha.... takdenya. Mama ambil kain bagi pada Adam. Mungkin kerana Adam tidak dimarahi, maka, Adam tidak akan berbohong mengatakan bukan dia yang menumpahkan air tersebut. 

Pemerhatian mama, setakat ini Adam belum pernah berbohong. Mungkin tiada elemen marah dimasukkan, maka, berbohong untuk mengelakkan dimarahi tidak relevan di sini. Tapi, punishment tetap ada. Sekadar untuk mengajar anak supaya lebih bertanggungjawab.



Hasilnya, malam tadi minum milo terus habiskan dan letak mug terus di sinki. Haaa... kalau tak, minum sikit-sikit, letak tepi. Itu yang tak perasan tersepak tu. Penatkah mengelap?

Bukan niat nak mendera, cuma nak memupuk rasa bertanggungjawab ke atas hak milik dan perbuatan sendiri. Bak kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Puzzle Block Untuk IQ

Ini update dari entry lalu. Mama memang rajin membelikan benda-benda macam ni untuk Adam. Suka. Tak mahal pun. Lupa dah berapa.. tapi less than RM5.

Entry ini bukanlah nak update Adam dah pandai solve kan puzzle ni. Belum. Belum pandai lagi. Tapi, Adam sudi nak godek puzzle ni pun, mama dah puas hati. Haha..

Entry ni cuma untuk update gambar penuh puzzle ni. Tak penuh la... sebab, mama tak jumpa la  rectangle shape tu. Ada ni... kena cari.


Untuk member di atas ni ha...

Ini puzzle nya.


Boleh la kan.... mama buat. Ada jawapan kat belakang ;p

Tapi, tak sah la kan buat entry kalau hero tak muncul. Buat muka nakal..




Latihan Untuk Menambah Ketinggian

*Gambar lama - Adam 2 tahun 7 bulan :)

Latihan bergayut mampu menambah ketinggian seseorang sebanyak 2". Jadilah 2" pun ;p 

Bukan mama nak meninggi diri, apatah lagi si Adam yang masih naif ini... hihihi... cuma, inilah yang Adam suka apabila terjumpa tiang yang boleh digayutkan.

Baik di playground, hatta di dalam lif. Mama perasan dari kecil lagi. Sejak pandai bermain di playground, aktiviti utama adalah bergayutan. Cuma sekarang sudah advance sedikit. Bergayut di monkey bar tu la...

Brachiation Joy


Brachiation bars adalah benda yang common di mana-mana playground. Dengar nama macam pelik, sebenarnya adalah monkey bar. Tempat anak-anak bergayut. 

Dulu mama rajin juga membaca info di YourBabyCanRead. Ia adalah forum bagi ibu-ibu yang sukakan kaedah Doman. Di situ, monkey bar is a must. Siap ada spesific size lagi. Dan, kebanyakan parents akan membina atau membeli set monkey bar untuk diletakkan di rumah. Ye la, benda baik, so tak salah untuk invest sedikit.

Untuk mama, tidak lah sampai nak membina atau beli monkey bar ni. Cukup sekadar ajak Adam mencuba apabila kami ke playground. Setelah hampir dua minggu mencuba, akhirnya Adam sudah mula yakin untuk melakukannya sendiri. Yeay! Walaupun masih di dalam pengawasan mama dan tidak laju seperti budak-budak lain, mama yakin jika Adam rajin mencuba, Adam akan pandai. Ayat motivasi untuk Adam, " Practice makes perfect! ".

Ha... yang ni, memang tak boleh nak snap pictures. Sebabnya adalah di dalam pengawasan mama bermaksud Adam swing ke depan dengan kakinya mengepit badan mama. Hihii..

Sesekali, ada juga Adam buat sendiri. Tapi, selalunya, belum sampai hujung lagi, mama dah kena sambut. Insya Allah kalau Adam selalu buat, nanti Adam boleh buat. Ke depan ke belakang lagi! Cuma, sekarang musim hujan, minggu ni tak dapat buat walau sekali pun.

Baby Animal Name Song


Cari lagu ni dekat youtube. Untuk Adam buat homework pasal baby animal - match the mothers to their young. Alhamdulillah, membantu sangat. Lama juga tak buka youtube ni...

Sejak mama bagitau nursery kat berhentikan Adam dari school tu, hari-hari Adam dapat homework. Untuk record, homework ke-3. Homework simple aje. 

Masa awal tahun, school minta duit untuk beli buku. Lima buah kot... dan buku-buku itu masih banyak ruang kosong. So, marathon la Adam nak habiskan buku. Hihihi...

Ni ha... homeworknya. Easy peacy :)


Tosai Punya Pasal

Adam pesan tosai pada papa. Papa balik agak lewat, Adam sudah pun tertidur. Namun, tersedar kembali setelah papa pulang.

" Mana tosainya? ".

" Waaaaaaa.... Mana kuah yellow? Adam makan dengan kuah yellow je. Waaaa.... "

Adam menangis sebaik melihat tosai dihidang bersama chadni dan kari. Sedangkan Adam hanya makan kuah dal. Kasihan melihat anak kecil menangis. Tangisan spontan kerana dia sangat-sangat mengharapkan tosai yang di makan bersama kuah dal. Hihii...

Sedangkan, pada masa biasa, Adam mudah untuk di bawa berbincang. Boleh sahaja ditukar menu. Oleh itu, kejap lagi kami akan serang kedai mamak berhampiran. Tosai satu!!!!

Pergerakan Bayi Dalam Kandungan | Kali Pertama

Kali terakhir mama mengandung adalah lima tahun lepas. Lima tahun la... kerana Adam baru empat tahun. Tapi, mama sangat teruja untuk menulis pasal pergerakan bayi dalam kandungan. Semalam, anti call mama bagitau baby dah start kicking! Walaupun sudah terlalu lama rasanya, tapi, bagi mama itulah moment yang paling indah sepanjang mengandung. Bila Adam menendang!

Untuk anti, usia kandungan adalah 19+ minggu. 

Kalau diikutkan, seawal usia kandungan 15 minggu lagi pergerakan bayi sudah boleh dirasa. Namun, untuk first timer, rasanya kebanyakan kita tidak sedar yang itu adalah pergerakan bayi. Gerakan awal adalah sangat lembut dan halus.  Al maklum lah otot belum kuat. Mungkin ada yang merasakan itu adalah pergerakan usus atau angin di dalam perut!

So, untuk anti, jangan risau. Baby sedang giat menendang dan berpusing. Insya Allah anti sihat-sihat sahaja.

Jangan risau jika pergerakan baby tidak dirasai secara tetap. Sebab, baby itu masih terlalu kecil. Pergerakan bayi mungkin dirasai selang beberapa jam atau sehari dua. Namun, jika tiada pergerakan sehingga pertengahan bulan yang ke lima, teruslah ke klinik untuk melakukan ultrasound. 

Dalam keadaan bayi yang masih kecil, mama tak pasti la pulak boleh kah kita mengejutkan bayi yang sedang berehat semasa dalam 19+ week ni. Ye, seperti kita, baby juga memerlukan masa untuk berehat. 

Tak ingat dah. Tapi, bila kandungan makin besar, agak-agak baby tak bergerak, memang mama kejut. Caranya, usap perut dan bercakap sebentar dengan baby. Insya Allah baby akan membalas. Semakin baby membesar, pergerakannya semakin kerap.

Respon inilah yang menggembirakan hati ibu. Belum lagi keadaan perut senget sebelah atau terbonjol sini-sana. Syoknya!!!

Adam dah tak sabar nak dapat kawan baru. Adam kata, kalau boy Adam ada banyak permainan untuk dikongsi bersama. Kalau girl, kena main permainan boy la :)

p/s : untuk anti Queen, sabar ye... Nikmati lah moment indah dalam hidup kita.

Kesan Perasaan Takut Terhadap Anak

Ini adalah article yang mama dapat dari email. Mama subscribe dari sini. Memang selalunya, emel yang dihantar memberi manfaat dan menambahkan ilmu. Siapa teringin, silalah subscribe. 

Selalu tak menonton TV bersama dengan anak? Memang saya pernah katakan cuba kurangkan menonton TV. Bukan sahaja mencuri masa kita bersama keluarga malah mencuri masa kita menguruskan selain ia tidak baik untuk anak-anak kita. Tapi andaikata, hendak juga menonton TV, terutama cerita seram yang sukar untuk kita lepaskan kerana intro iklannya yang terlalu selalu diulang-ulang, di siarkan, pastikan menontonnya ketika anak tiada.. contohnya mereka sudah tidur atau pergi keluar bermain. Mengapa cerita seram terlalu banyak dikeluarkan oleh penerbit filem kita? Mudah saja logik jawapannya... kerana sambutannya yang menggalakkan. Peminatnya ramai.. Kalau tiada demand, tiada supply. Kita adalah asas senario di arena perfileman di negara kita sendiri! Menyebabkan orang ramai terutama kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa lebih takutkan hantu dari TUHAN!

Takut pada kanak-kanak ini bukan sahaja datang dari cerita di TV. Kadang-kadang ia datang dari ibubapa itu sendiri. Ada ibubapa yang menakutkan anak sendiri dengan kegelapan, atau apa sahaja yang ditakuti oleh anak seperti lipas, serangga, cicak dan sebagainya. Mungkin niat kita melakukan pada mulanya adalah untuk bergurau dengan anak tetapi penerimaan anak kita pula adalah satu ketakutan dan bukannya gurauan.

Sekadar berkongsi kata-kata dari 'Arb Bin Saad : 
"Anak-anak akan lemah badannya bila diserang rasa takut, penat dan mungkin dihinggapi kebodohan apabila sering ditakut-takutkan. Sikap selalu menakut-nakutkan anak boleh membunuh perasaaan dan jiwanya lalu menyebabkan nilai-nilai murni dalam dirinya mati. Sesiapa yang mati perasaannya, tidak diharapkan daripadanya sebarang kebaikkan. Hidupnya juga tidak akan membuahkan hasil."

(dari 'Arb bin Saad)
Apa kata kita  berhenti menonton filem seram bersama anak dan gantikan masa TV atau masa mahu masuk tidur dengan mereka, kita bercerita tentang kisah kehebatan orang-orang Islam zaman dahulu..


Juga sebaiknya latih anak untuk menghafal ayatul Kursi dan beritahu mereka akan kuasa dan khasiatnya. Jika bila-bila masa mereka takut, latih mereka untuk membacanya sendiri walau dimana mereka berada. Bukan susah untuk menghafalnya. Kedua dua anak saya boleh menghafalnya pada umur 3 tahun lebih dan saya pasti kanak-kanak lain juga boleh menghafalnya jika mereka dilatih.  

Reward Stickers Untuk Anak

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk adik pandai
Mama upah susu

Siapa yang tidak sukakan rewards? Anak kecil pun mahukan rewards. Semacam pembakar semangat bila ada reward ni. Sekurang-kurangnya, terasa diri lebih dihargai.

Rewards boleh datang dalam pelbagai bentuk. Pujian, pelukan atau sekadar ucapan tahniah. Boleh juga diberi di dalam bentuk material.

Jiwa anak-anak yang masih suci murni tidak perlukan reward yang besar. Kata-kata pujian sudah cukup untuk mengembangkan bunga-bunga di taman hati. Satu pelukan kasih sayang juga cukup.


Namun, untuk menunjukkan penghargaan mama kepada Adam, selain menghadiahkan reward stamps kepada Adam, akhirnya mama terjumpa sticker ini. Ada dalam azam 2012 la konon nak buat customized sticker untuk Adam, tapi mcm leceh, tu yang ganti dengan reward stamps tu. Kiranya, walaupun tidak customized, smiley ni dapat menggembirakan hati Adam. Mesti Adam tak sabar nak menampal stickers yang ada.

Malamnya, mama assume Adam akan study untuk sticker reward ni. Hahaha... sangkaan meleset kerana 

" Adam tak larat. Esok kan saturday ".

Apalah kena mengena dengan esok? Hari ini Friday! Adam macam terkena Saturday blues ( like Monday blues ). Sebab, Adam tak diwajibkan study pada hari minggu! Ha!! Bocor rahsia. Mama meletakkan syarat pada weekdays, jika Adam nak main PSP, kena study dulu. Hatta menulis ABC dua-tiga huruf pun dikira study. 

Tapi, Adam lebih bijak. Syarat mama pada PSP sahaja. Dia bebas bermain phone, iPAD atau pun xbox. Hahah... Agreement yang telah dipersetujui tidak dapat dipinda ( mama akan try pinda bila Adam masuk tadika ). Pandai cari hujah, boleh jadi lawyer kah?

Gelagat Adam Menonton TV


Aktiviti santai di malam hari adalah menonton tv. Selain daripada aktiviti makan-makan, menonton tv juga boleh dijadikan bonding activity antara ahli keluarga. Menonton cerita yang sama, gelak bersama dan menjawab soalan bila ditanya.

Ada satu habit Adam. Jika menonton kamen rider, pastinya dengan suara asal - Jepun. Jika menonton ultraman, pastinya audio bahasa Melayu. Cerita-cerita lain juga menggunakan audio asal. Tapi yang bestnya, bila menonton Upin dan Ipin. Adam prefer English! Nak belajar katanya. Jadilah mama sebagai translator tidak berbayar. Padahal, kalau ikutkan hati mama, suara asal lagi best! Original gitu.

Lagi satu, Adam kan suka main game. Siang malam asyik lah bermain game. Yang mama perasan, walaupun Adam converse in Malay, tapi, bila bermain lawan-lawan, selalunya keluar ayat English. Sentence dan bukan words! Kagum dengan pengaruh gadjet ke atas anak.

Macam-macam ragam anak ni. Tapi seronok la jugak. Hidup terasa lebih meriah.

Read With Ladybird | More Homework

Setiap yang berlaku ada kali pertama. First word, first steps, juga homework kali pertama. Setelah homework kali pertama siap dengan jayanya, semalam Adam dapat homework kedua.


Buku ini di bawa balik. Buku Ladybird. Pasti ramai parents di luar sana yang kenal akan buku-buku keluaran Ladybird. Yang ini bukan siri Peter and Jane, tetapi collection of short stories untuk anak yang baru mula belajar membaca. Sebuah buku ini mempunyai empat cerita pendek. Mudah-mudah sahaja untuk dibaca.


Hari pertama, buku ini kekal menjadi perhiasan / bebanan dalam beg Adam. Hari kedua baru mama sentuh. 

Seronok juga buku ni. Gambar besar, wording sikit. Puas hati :)

Semangat Ada, Tapi Apakan Daya...


Anak yang hyperactive pun boleh collapse bila tak sihat. Bila badan tidak sihat, secara otomatik semuanya tidak kena. Otak menghantar signal yang seluruh anggota badannya sedang sakit.

Tengok anak mama ni. Demam, selesema dan batuk. Demamnya mild sahaja, tapi...


Masih ada hati nak bermain itu dan ini. Mulanya keluarkan playdough set. Sentuh sikit-sikit, terus keluarkan paint set - Water colour, brush dan kertas lukisan.


Tenung-tenung kertas kosong. Seperti biasa, mama lukiskan kereta. Akhirnya, tersadai la semua benda. Adam zzZZzz. 

Awesome Sunday Evening

Hati Adam berbunga-bunga. Hati mama kembang kuncup. Apa yang awesome sangat? Jalan-jalan cari makan? Tidak. Weekend ni, kali pertamanya kami hanya duduk di rumah. 

Sabtu, keluar bawa Adam ke tasik. Nanti mama update. Ada nice picture :)

Hari ni, main di playground. Selalunya weekend kami ke theme park - permainan bayar-bayar. Hari ini, hanya ke playground tepi rumah.

Awesome? Ye!

Sebab Adam happy sangat. Ada seorang anti tiup bubbles untuk anak dia. Adam dan dua budak lagi melompat-lompat menangkap bubbles. Simple sahaja aktivitinya. Berkejaran menangkap buih di udara. Yang penting, Adam seronok!

Gegak gempita seluruh taman. Suara Adam? Bukan. Suara seorang budak yang main bersama Adam. Rasanya, budak tu belum pandai cakap lagi. Tapi, gelaknya sakan. Terhibur la mama rasa :)

Tanpa kos, tanpa modal. Happinest is what matters the most :)

Doa Memohon Anak Yang Baik

Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.

Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Insya Allah, elok untuk amalan seharian :)

Homework - For The Very First Time

Adam bawa balik homework! For the very first time! Luar biasa la juga untuk nursery ada homework. Hahaha... 

Pada awal tahun, nursery ada collect duit untuk memberi beberapa buah buku latihan anak-anak. So, inilah bukunya. Matematik. Mama buka dari satu muka ke satu muka surat yang lain. Memang buat tebuk-tebuk la. Mama faham lah. Banyak aktiviti di nursery. Bukan boleh commit kepada satu-satu benda.

Adam cukup teruja untuk menyiapkan homeworknya. Sikit sahaja. Dua muka surat. Setiap muka surat ada 3 - 4 soalan. 


Nasib baik dua muka surat. Kalau teacher bagi tiga muka surat, makan hari la Adam nak menyiapkan ;p

Tekun!


Hihiihi... macam susah aje soalan tu.


Jari juga yang berguna. Teringin nak ajar guna abacus, tapi, mama tak pandai. Kena rajinkan diri belajar la kalau nak ajar Adam. Jealous dengan asyraf

Buku ni, mama lihat banyak yang tidak bertanda / disemak oleh teacher dari yang disemak. 


Hasil kerja Adam di pertengahan tahun. Page 33. Tebal buku ni.

So, alang-alang buku berada di tangan Adam, sibuklah dia menyemak sendiri hasil kerjanya. Sebekas reward stamp dikeluarkan.


So, Adam sibuk lah memberi rewards untuk diri sendiri. Jika bukan kita yang nak puji diri sendiri, siapa kan? Self motivation la ni. 


Agak-agak, teacher terkejut tak Isnin nanti? Buku Adam penuh dengan pelbagai stamp!

Kisses | Ciuman Penuh Kasih Sayang

Hug and kisses. Bagi mama, perkara biasa, walaupun di khalayak ramai. Peluk dan cium anak. Mungkin juga Adam masih kecil, belum malu dipeluk cium. Sudah besar, mungkin Adam agak malu juga ;p

Kenapa menulis pasal peluk cium ni? Kerana ada rakan-rakan mama yang tidak biasa memeluk dan mencium anak sendiri. Bukan tidak sayang kan anak, cuma, mungkin bukan itu caranya untuk dia meluahkan perasaan kasih dan sayang. Kadang-kadang si ibu hanya memeluk dan mencium anak setelah anak kecil itu tidur.

Lain orang, lain caranya. Tapi, mama suka peluk dan cium Adam semasa Adam sedar, juga ketika Adam tidak sedar : tidur. Kerana, mama mahu Adam tahu mama sayangkan Adam. 

Ada satu hadith nabi : Nabi SAW mencium Hasan (cucu Baginda SAW), ada bersama baginda SAW ketika itu seorang sahabat bernama Al-Aqra’. Sahabat itu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun dari mereka!.
Nabi SAW bersabda:
(( مَنْ لَا يَرْحَمْ لَا يُرْحَمْ ))
“Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi”.
(Sahih Adab Al-Mufrad, Al-Bukhari, No Hadis 91)

Semoga jika anak kita tahu kita sayang kan dia, dia akan membesar dan membalas kembali kasih sayang kita. 

Kapal Terbang Lipat | Origami

Balik dari school, tengok ada kapal terbang kertas di tangan Adam. " Friend Adam buat ". Tetiba mama kagum. Walaupun simple, kagum la. Sebab Adam belum pandai lagi. Projek main-main origami di rumah, Adam follow sikit-sikit. Selalunya, mama kena tolong. So, yang ini, budak umur berapa ye? Tapi, Adam kata dia share makanan dengan Afiq, which is setahun older. Wahhh.... so, next year, Adam boleh buat sendiri la kan kapal terbang kertas. Hihihii...


Talent budak ni lain-lain. Ada budak pandai itu, ada budak pandai ini. Mama pernah melihat satu lukisan budak sebaya Adam yang bagi mama memang cantik. Macam budak dah sekolah. Fuuuhhh.... memang dia ni artis la. Dalam hati, terus rasa nak ajar Adam melukis dan mewarna. Papa, tolong mama!


So, hasilnya, malam tadi kami berorigami. Owh, set origami ini adalah hadiah dari goody bag birthday seorang kawan Adam. Cantik dan bewarna-warni. Memang tiada junk food dalam goody bag tu. Hihihi...

Adam memang seronok main la kan. Hasil semalam hanyalah kapal terbang kertas dan burung.



Mari Baca Buku | Bacalah Adamku

Hampir setahun berlalu sejak buku ini dibeli. Mama guna balik buku ini. Istilah guna balik bukanlah menyambung apa yang telah dipelajari lama dulu, tapi back to square one!

Almaklumlah setahun lamanya kan! Cuma approach kali ini berbeza dengan approach yang digunakan pada satu masa dahulu. Mama suka buku ini. Mudah dan senang. Perkataan berulang. Dahulunya, memang lah mama gunakan pendekatan phonics semasa membacakan buku ini kepada Adam. Namun, setelah mama discover yang Adam menghadapi kesukaran membaca ayat yang panjang, mama realize Adam perlu dibackup dengan pendekatan lain -- rasanya ada tulis entry ni. Nak link, tak jumpa pula.

Buku yang sama, cuma sekarang guna ala-ala Glenn Doman punya approach pula. Tidak lah mama bunyikan kesemua huruf di dalam buku ini, cukup sekadar membacanya. Kali pertama dibacakan kembali buku ini, Adam hanya mendengar. Tapi, pada kali kedua, mungkin kerana nak mama habiskan buku dengan cepat, Adam membaca bersama mama! OK. Rupa-rupanya, pembelajaran yang setahun lalu tu masih terlekat di kepala. Hihihi... senang kerja :)

Buku ni, kiranya taste mama la juga. Sebab utama : pengulangan. Perkataannya berulang-ulang. Bila berulang, Adam tengok pun rasa makin konfiden. Sebab, perkataan yang ditunjukkan dia dah familiar. So, tak takut la nak mencuba membaca.


Ha... tengok komen kat atas ni. Ibu ni, buat sendiri buku untuk anak. Ini memang cadangan yang sangat baik. Dulu mama buat juga, tapi, hangat-hangat tahi ayam. Cara ini sangat berkesan kerana kita boleh gunakan gambar dan situasi yang anak kita familiar. Cuma, menuntut lebih sedikit kerajinan. Tapi, suka!