Tempat Menarik Di Melaka

Sempena masih di bulan Syawal, Adam sempat beraya ke Melaka, dan seterusnya menjelajah ke sekitar bandar bersejarah ini. Sesi lawatan dilakukan ketika panas petang - sekitar jam 4.00 di mana matahari masih membahang di atas kepala. Mujur tidak demam.

Kami berjalan-jalan di taman bertentangan Dataran Pahlawan, Melaka. Sempat juga memanjat plane dan train yang ada di sini. Owh, tidak dapat pakai kasut kerana insiden ini. Nampak kepanasan yang melanda?


Walaupun panas, sempat juga merasa menjadi train driver.


Bersama anti, terserlah kegembiraan Adam.


Pengalaman pertama Adam menaiki bot! Mama happy juga walaupun panas terik kerana ini memang pengalaman baru bagi Adam. Lebih cantik jika naik Melaka River Cruise ni pada malam hari.


Mula-mula memang teruja untuk menaiki bot ini. Namun akhirnya, kepanasan telah mengalahkan Adam. Adam yang kebiasaannya tidak tidur di siang hari, telah tertidur di atas bot yang sedang bergerak.




Walaupun keletihan, lawatan kami diteruskan ke Zoo Melaka. Namun, apa yang dapat dilihat hanyalah ini.


Masa yang suntuk dan tidak bersedia sebenarnya. Insya Allah kami datang lagi di lain kali. Walaupun letih, memang pengalaman baru untuk Adam :)

8 comments:

  1. kami pun dh lama tak ke melaka,pergi masa aiman belum umo 2tahun rasanya.kata cikgu tadika aiman nak buat lawatan kesana hujung taun nie.tak tahulah jadi ke tak.

    pakai selipar mmg selesa,sy mmg tak suka pakaikan aiman kasut..panas n ssh nak pakai buang..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti seronok lawatan tadika! Happy dia lain mcm bila kuar hgan kawan2 ;)

      Delete
  2. suka ke melaka sbb byk tmpt sejarah yg blh dilawati...

    ReplyDelete
  3. eh eh..apsal kita tak terjumpa masa kita kat melaka nih mama?? Ha ha ha..x berjodoh kita nih yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah! Padahal mak kan ke dataran pahlawan juga!

      Delete
  4. adam penat sgtlah tu sampai tertidur.. :-)

    ReplyDelete