School Review - 4 Tahun 1 Bulan


Dalam bulan lepas ( bulan puasa ), school Adam ada buat student's review. Alhamdulillah! Setelah 4 tahun di sini, inilah kali kedua ada review. Entah kenapa Adam boleh ter miss annual school review. Padahal, setiap tahun mama asyik bertanya bila nak review. Alasan teacher : Adam tiada masalah. Mereka mendahulukan kanak-kanak yang memerlukan lebih perhatian. Huuu... Ye la, as a parents kita ni memang eager la nak tahu apa perkembangan anak-anak sendiri kan? Oh, first review dulu ada di sini.

At school, mereka menggunakan kaedah whole word untuk mengajar anak-anak. Di sebabkan tiada school review untuk Adam, sukar sikit untuk mama ketahui apa yang Adam belajar. Sebab itulah, mama meluangkan masa paling tidak seminggu sekali untuk berborak dengan teacher Adam. Soalan wajib adalah berkenaan perkembangan sosial dan pembelajaran Adam. 

Perkembangan sosial memang sangat menggalakkan. Begitu juga dengan pembelajaran. Mana tidaknya, sehari suntuk menghabiskan masa di school. Pada awal pendaftaran Adam di sini, memang mama agak bangga apabila teacher report pasal vocab Adam. Ye la... kebanyakan yang diajar di school Adam dah tahu by heart. Itu komen teacher Adam semasa Adam berumur 1 - 2 tahun. Bukan apa, kepuasan diri sendiri la untuk mama. Semacam reward. Tidak la sia-sia apa yang mama ajarkan pada Adam. Walaupun mama kadang-kadang tidak konsisten, namun at least mama support pembelajaran Adam di school. Al-maklumlah, pembelajaran 10:1 di school tidak akan sama dengan attention 1:1 di rumah.

Namun, sejak Adam dah besar ni, macam-macam yang Adam dapat dari school. Sudah banyak juga surah-surah ringkas yang Adam hafal. Terima kasih. Alif Baa Taa juga telah diajar di school. Pembacaan BM dan BI juga nampaknya berjalan agak lancar. Walaupun masih merangkak-rangkak, yang penting ada progress. Lain pembelajaran di school dengan di rumah. Ye la, di school teachers semua terlatih. Memang bidang mereka. Bukan macam mama yang masih mencuba-cuba. Jadi, sejak Adam besar ni ( 3 - 4 tahun ), mama banyak bergantung kepada apa yang teacher ajar. Happy sangat bila ada perkembangan yang positif. 

2 comments:

  1. adam sgt bijak.teruskan pencapaian yg baik..:)

    ReplyDelete
  2. a'aa kita mmg kne selalu tanya guru utk tau perkembangan ank kita kan.. bila face to face rs lbh puas :-)

    ReplyDelete