Recycle Buku Lama

Ini killing tow birds with one stone ni. Kiranya, 2 in 1. Rasa semak la rumah dengan pelbagai material untuk Adam. Ye la... semua yang dia kaler, jawab, lukis nak disimpan. Memang la mama masukkan dalam fail. Bersusun di rak buku. Namun, akhirnya, rasa macam rugi space pulak.

2nd hall di rumah ini sebenarnya agak luas. Namun, keluasan itu hilang dek kerana hobi mengumpul arkib lama. So, slowly mama tolak tepi barang-barang Adam. Simpan untuk kenangan mulanya. Tak apa lah, dah besar nanti, Adam baca lah blog ni. Ada mama selit-selitkan kerja Adam.

Sambil mengemas tadi, nampak anak bujang sibuk bermain gunting dan kertas. Owh... menggunting free style. Mama ambil satu buku lama yang ingin dilupuskan :)


Buku mewarna. Ini antara buku mewarna yang pertama bagi Adam. 


Nak terus dibuang, terasa sayang. Walaupun harganya murah. At least kena dibuat sesuatu dahulu. So, projek Adam pada hari ini adalah menggunting gambar di dalam buku dan menampalnya menggunakan gam. Simple.


Walaupun sikit sahaja yang Adam buat, namun tidaklah mama rasa bersalah nak melupuskan buku tersebut. Kiranya, sudah pakai habis lah kan. Hiii...

Buku bacaan memang akan disimpan rapi. Buku-buku yang berisiko untuk dilupuskan adalah buku mewarna - paling banyak buku ultraman, dan buku stickers. Hasil contengan Adam juga akan dilupuskan sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan permainan Adam. Hasilnya, insya Allah rumah akan terasa lebih luas dan selesa :)

Owh ya, disebabkan ini adalah di antara buku mewarna pertama Adam, boleh lihat hasil percikan warna pensel Adam ketika mula memegang pensel / kaler. Hihihi... erkkkk sengat... entah kenapa pic ni xmo betul.


4 comments:

  1. lepas ni sure gmbr lembu tu cantik adam color kan hehehe

    ReplyDelete
  2. sblm buang..apa kata mama snap semua hasil nukilan adam...so nnt kalau nk tgk blk..leh tgk kat lappy je..eheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gud idea chii! Hahaha... Tak terfikir pulak. Tapi ada yang dh selamat mama ... Kan

      Delete