Persediaan Sebelum Ke Tadika

Agak lama mama tak update sebarang aktiviti Adam melakukan aktiviti pembelajaran. Bukan malas hendak update, tetapi tiada bahan untuk di update.

Zaman dulu, rajin juga mama melakukan read aloud dengan Adam. Kenapa mama suka melakukan aktiviti read aloud, kerana ianya mudah dilakukan. Namun, semenjak Adam membesar ni, segalanya hanya bergantung kepada Adam. Selain read aloud yang santai, lain-lain aktiviti adalah aktiviti seni mewarna, menampal. Jarang kami melakukan aktiviti yang formal. Kebanyakannya adalah belajar secara bermain. Kononnya, tak mahu membebankan Adam. Buku yang dibeli pun, terpulang pada Adam. Jika Adam mahu, Adam ambil. Jika tidak, tak apalah. Pada awalnya, Adam memang rajin membuka buku. Rajin la sangat! Sejuk hati mama. Jika mama belikan buku pun, paling lama sebulan buku tersebut akan habis. Ada juga rekod buku dibeli habis dalam masa dua minggu lebih.

Itu dulu. Ketika buku yang dibeli adalah berbentuk persoalan mudah. Juga matematik mudah. Kemudian, mama lambakkan pula dengan buku pelbagai subjek, namun semuanya dengan genre yang sama. Menulis. Tulis huruf, tulis nombor. 





Tamak pula tu, enam buku terus mama sambar. Bab menulis-nulis ni, anak mama agak liat sikit. Mungkin bosan. Kononnya, mama belikan banyak sebagai persediaan untuk ke sekolah tadika pada tahun depan. Al maklumlah, anak orang lain ramai yang telah ke tadika pada usia 4 tahun. Kiranya, mama takut Adam ketinggalan dan kerugian satu tahun la ni. Kiranya, nak start secara formal la pulak. Namun, approached ni tidak berkesan. Hihihi...

Nampaknya, buku-buku ni akan remain tidak bersentuh. Genre menulis tidak sesuai untuk Adam. Atau mungkin belum sesuai. Tak apalah, nanti Adam belajar la di tadika.

Tengok ni... buku dibeli pada Julai lepas. Satu muka surat ini mengambil masa sampai 4 hari untuk siap. Lamanya! Adam memang buat setiap hari, namun, satu hari hanya dua baris. Cukup dua baris, Adam terus sambar PSP. Kiranya, tamat la sesi untuk hari tersebut.


Tak apa la. Hampir setahun tidak ber read aloud, kita sambung la projek kita yang tergendala. Buku pun masih banyak lagi yang belum disentuh sebenarnya.


Owh, sempat juga membelek buku ini. Mungkin sesuai untuk ice breaking bersama Adam. Tunggu dan lihat. Kena la buat seperti zaman dulu-dulu. Mama kena kreatif sedikit. Supaya content di dalam buku ini dapat dibuat main. Bila Adam makin besar, permainan perlu lebih kreatif. Al maklumlah budak dah pandai. Sebarang bentuk pembelajaran formal, memang tak berapa in. 



Tapi mama suka buku ni. Dah la colourful dan cantik, murah pulak tu :)




Kalau tidak berjaya, next approached adalah main game. Actually mama dah setahun beli education computer game. Cuma, belum terasa nak kasi Adam main. Hahaha... Takut Adam berebut laptop dengan mama :p 

10 comments:

  1. rajinnya ibu adam..

    kekadang akak x brapa nak suka beli buku abc kat kedai sbb susah.. kalau kat sekolah rendah ke tadika ke dikenalkan 2 suku kata mudah dan objek yg nampak je.. kalau buku kedai misalnya huruf n untuk nuri.. susah oi nak terangkan. . sbb tu mama buat sendiri buku abc tok anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... betul la! memang susah nak cari buku yang sesuai. kalo mama bleh share buku tu :)

      Delete
  2. hahhaa..mama pon x leh ngalah ngn adam nk men komputer en..hehe.
    bnyknya buku tuuu? klo sy jd adam..alamtny cabut lari dulu..waa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... adam ada ipad. nanti berebut lappy mama. lappy ni utk buat kerja :)

      buku2 tu buku cerita & encyclopedia. Seronok! banyak gambar dari tulisan :)

      Delete
  3. alhamdulillah..perkembangan yg bagus utk adam =)

    ReplyDelete
  4. mama adam ni mmg rajin mengajar... biasalah kan budak2.. br buat 2 3 baris lps tu dah main... xleh belajar lama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. penat katanya. Kalau main, mmg x reti penat

      Delete
  5. byknya koleksi buku adam..nk pinjam boleh :p

    ReplyDelete