Panik Di Malam Merdeka


Kejadian berlaku di malam merdeka yang lalu semasa Adam mandi. Seperti biasa Adam mandi sendiri. Mama tunggu Adam siap mandi. Tiba-tiba, Adam menjerit-jerit. Tengok-tengok Adam dah terduduk di atas lantai bilik air. Lantai berdarah dengan agak banyak.

Berderau darah. Ye, mama panik. Bila ditanya, Adam kata terlanggar paip er.. macam yang di kolah mandi. Tajam rupanya. Entah apa la gunanya saluran paip tu. Biasanya, saluran macam tu, gunanya adalah untuk salurkan air keluar dari kolah air. Tapi, ini adalah bathtup. Saluran tu tiada guna. Memang workmanship yang tidak kemas! Huuu...

Sambung balik : Mama berlari cari tisu... dan phone. Call papa dan bercakap dalam keadaan panik. Dengan suara Adam yang meraung-raung dan mama yang panik, of course la papa panik dan terus balik ke rumah. Mama cuci dan terus letak plaster. Agak-agak setengah jam, baru la mama buka tisu tu dan belek-belek. Owh.... lukanya hanya sedikit sahaja. Tak perlu ke klinik nak jahit pun. Tapi, luka tu agak dalam la. 


Hairan juga la bagaimana luka yang kecil boleh menghasilkan darah yang begitu banyak. Banyak juga tisu yang mama ganti untuk menutup luka Adam pada awalnya. Seterusnya, mama cuma lap-lap sedikit, sapu minyak dan tutup dengan plaster. 


Mungkin fobia dan terkejut, tiga malam berturut Adam mengigau malam. Menangis meraung-raung. Akhirnya, luka telah sembuh dan Adam happy seperti biasa :D

Hari Merdeka, Adam dan mama tidur sahaja. Mengantuk gara-gara tidak dapat tidur pada malam harinya. So, selamat la cita-cita nak buka tv lihat perarakan Merdeka. 

5 comments:

  1. lor kesian adam..bahaya juga klu biar adam mandi sendiri.kena pantau juga,tp benda mmg nak jadi kan,dlm dok pantau pun mesti berlaku..Alhamdulillah adam tak apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu mmg adam mandi sendiri. Mama tgk aje. Huhuhu

      Delete
  2. seriau plak sy tgk darah tu... kalu anak2 ni terluka walaupun sikit, kita mmg sush hati kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg! Panik saya rasa masa tu. tapi, bila tgk sikit aje lukanya, rasa kelakar pun ada.

      Delete
  3. kesiannya adam... banyak ya darah yang kuar
    ur son comei sangat!!

    ReplyDelete