Kisah Adam Menjaga Mama

Entah tajuk ada kena mengena atau tidak.

Minggu lepas mama collapse selama 4 hari. Entah mana silapnya, cirit-birit + muntah + demam menyerang serentak. Sungguh, nak bercakap pun rasanya tiada tenaga.

Dua hari papa menjaga mama. Hari ketiga, papa perlu keluar bekerja. Mama dijaga oleh Adam. Mulanya, bercadang menghantar Adam ke school seperti biasa kerana mengenangkan mama tidak larat hendak masak etc. Namun, mama juga tidak larat untuk mengambil Adam dari school. Macam mana nak drive dalam keadaan badan yang lesu. Jadi, Adam lepak bersama mama.

Akhirnya, bersyukur kerana Adam ada di sisi. Cuma kasihan kerana Adam kelaparan. Hendak call McD untuk delivery juga tidak larat. Adam sepanjang masa mengambil air minuman untuk mama. Tong air sebanyak 10 liter hampir kering hanya untuk sehari itu. Bayangkan kekerapan Adam berulang mengambilkan air minuman mama? Terima kasih. Sikit pun Adam tidak merungut.

Namun akhirnya, pada jam 11 pagi, mama terpaksa menyuruh Adam untuk call papa balik. Mama menggigil. Suhu badan telah naik terlalu tinggi. Untungnya Adam telah mengenal nombor. Satu per satu nombor ditekan dan akhirnya...

" Papa, mama getar-getar. "

Papa balik. Suhu badan turun sedikit. Mama dan Adam dapat makan! Tepat jam 1 tengahari. Kasihan Adam berlapar.

Keesokan harinya, mama segar sedikit. Dapatlah kami dua beranak makan masakan yang simple untuk mengalas perut. Adam masih lagi peneman yang setia. Juga mama tidak dengar sebarang rungutan. Padahal, memang Adam lah yang mama kerah untuk mengambil itu dan ini. Bila letih, mama tidur sahaja. Rupanya, wan ada menelefon. Adam menceritakan pada wan yang dia menjaga mama di rumah. Itupun, mama tau apabila anti bercerita.

" Adam duduk kat rumah? ".

" Ye, Adam jaga mama ".

" Kenapa dengan mama? ".

" Mama sakit, macam nak mati. Adam sayang mama. Tu la Adam jaga ".

Mama rasa, tentu Adam refer kepada keadaan mama semasa mengigil. Semasa suhu badan sangat panas. Time tu, air yang Adam hulurkan, memang mama minum tapi sedikit sahaja yang masuk ke mulut. Yang lain, hanya membasahi tilam kerana tumpah akibat mama yang menggeletar.

So, time dah sihat sikit, mama tanya Adam.

" Takut ke mama mati? ".

" Ye ".

" Kenapa? ".

" Mama sayang Adam. Kalau mama mati, sapa nak sayang Adam. Kesian kat budak yang tak ada mama. Tak ada orang nak sayang dia ".

Owhhh... terharu sangat mama rasa. Tetiba mama rasa lebih sayang lagi pada Adam. Dah boleh diharap rupanya anak mama. Maybe it's time untuk Adam jadi abang. Aminn.

19 comments:

  1. adam dh pandai jaga mama dia...tahniah adam moga ia kekal selamanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... Semoga mama boleh bergantung harap pada adam suatu masa nanti. Amiin

      Delete
  2. pandai adam jaga mama.klu mama adam demam,teruk ekk smp tak boleh bagun?nasiblah ada anak bujang yg boleh diharap..jawapan adam tentang mati tu sgt touching. Aiman ni lain sikit.bila tanya macam mana klu ibu mati?nak tahu apa jawapan aiman?

    "klu ibu mati, siapa nak masak?"

    dia jaga perut dia je.bertuah punya anak.muahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.... Owh... Sbb 4 hari cirit birit, ditambah demam, memang x boleh bangun.

      Kelakar jawapan aiman. Tapi, ok la. Sekurang2nya, kita di letakkan dikeutamaan teratas. Mengisi perut pun keperluan untuk hidup :)

      Delete
  3. Alhamdulillah.. bagus adam ni.. pandai jaga mama dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, x sangka sebenarnya. Dh boleh harap. Dok ingat dia kecik lagi je...

      Delete
  4. Alhamdulillah.. pandai Adam jaga mama. Good job Adam! :)

    ReplyDelete
  5. bagus la Adam...semoga ke besar mcm tuh...sgt ringan tulang...good boy!!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..adam da boleh di harap..pasni kalau mama ada baby baru...adam leh tlg mama jaga baby da kan :)

    ReplyDelete
  7. sweetnya adam.baguz adam.sayang adam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. Biar sweet mueet sampai besar ;)

      Delete
  8. kecik-2 lagi dah tau erti kasuh sayang ye..bagus adam ni..

    ReplyDelete