Ice Cream Malaysia

Ice cream Malaysia. Lama tak makan. Kali terakhir bila, entah, zaman kecik-kecik dahulu. Walaupun sedap, tidak terfikir la mama nak membuatnya. Sehinggalah ...



Asal main di playground, mesti nampak budak-budak sedang asyik menggonggong dan menghisap ice cream Malaysia ni. Macam-macam perisa - milo, oren, asam boi dan entah apa lagi. Adam yang tidak biasa dengan ice cream tu asyik merenung. Mama perasan yang Adam merenung dari seorang ke seorang budak yang sibuk makan ice cream tu. 

Ada yang jual, tapi risau nak membeli. Risau jika airnya tidak dimasak. 

" Apa tu mama ? ". 

" Ice cream ".

" Buy kat mana? ".

" Takde jual, kena buat ".

" Buat la! ".

Malamnya, mama gantikan dengan Mc Flurry Oreo. Bolehlah, tapi tidak melenyapkan ingatan Adam pada ice cream panjang tu. So, russhing ke Giant. Huhuhu... plastic ice cream tidak dijual. Hendak ke tempat lain, jam dah pukul 10 malam. Solution lain - message kepada kawan-kawan. Siapa ada plastic ice cream? Hihihi... nasib baik dapat. Lega.

Setelah dapat ice creamnya, dua hari berturut Adam bawa ke playground. Haaaaa! Adam pun ada tau! 



Makan kali pertama, nak gigit pun tak tau. Mama potongkan dapat hisap sikit. Akhirnya, jatuh kerana tak pandai nak pegang. Hahahah...



Ini kali ke dua. Masih makan dipotong atasnya. Tak biasa ok sejuk-sejuk. Memang Adam makan beralas tangan dengan tisu.



Lepas ni, rasanya boleh jadi menu wajib ni. Perasa kegemaran ( mama ) adalah milo :)

9 comments:

  1. hehehe...lepas ni Mama kena rajin2 buat la kan?okay gak kan, boleh kita control kandungan gula dlm makanan diorang dlm masa yang sama, :)

    ReplyDelete
  2. hahaha...Dulu2 pon cik slalu buat.Skrang je dah malas^^

    ReplyDelete
  3. feveret masa skolah rendah dulu...dulu sposen jerr sebatang..besar plak tu..

    ReplyDelete
  4. kat dlm freeze mak, penuh ngan eskrem malaysia nih. Aritu mak ghajen tetiba buatkan utk anak2 mak ni hah. Mcm2 perisa ada but yg plg laris is jagung la..

    mak suka asam masin. Buat kaw2 woo

    ReplyDelete
  5. hehe bebudak skang nak makan aiskrim malaysia pun tak tahu ye.kelakar plak rasa.hehe

    klu aiman tak payah plastik aiskrim,masukkan air milo dlm cawan,pastu bekukan..jadilah aiskrim malaysia.hehe

    lgpun dia ssh sikit nk minum susu.jadi kadang2 sy buat milo masukkan susu sekali dlm aiskrim dia.at least dpt jugak kalsiumnya kan..:)

    ReplyDelete
  6. yer la lama dah tak pekena ais krim malaysia nih...teringat lak zaman bebudak dulu...huhu

    ReplyDelete
  7. ALAMAKKK SAYA PUN DAH LAMA XMKN AIS KRIM MALAYSIA NI.. TP KAT UMAH MAK MENTUA SAYA ADA JE BUAT... :-)

    *sori, dh hbs taip br perasan huruf besr

    ReplyDelete
  8. selalu beli..itu dulu..skrg nak jumpa pun susah...
    lagipun nak buat tu malas..hehehe

    ReplyDelete
  9. Best nyer, baby saye keciklagi, nanti dah besar nak buat jugak la untuk die

    http://mama-in-wonderland.blogspot.com/

    ReplyDelete