Birthday Door Gift Idea

Sebenarnya nak bercakap pasal birthday door gift ideas ni, MA bukan lah pakar. Namun agak banyak keyword yang masuk ke sini berkenaan birthday door gift idea ni. Melekatnya ke entry ini dan ini.

Melalui pengalaman beberapa kali menyambut birthday Adam ( baru empat kali :) ), mungkin mama boleh share sedikit sebanyak berkenaan pemilihan untuk menyediakan hadiah kecil kepada tetamu cilik yang hadir ke majlis sambutan hari jadi.

Perkara pertama yang perlu diambil kira adalah budget. Ibubapa perlu menetapkan berapa budget yang mampu atau boleh disediakan. Setelah budget ditetapkan, tentukan jumlah tetamu cilik. Dari sinilah ibubapa boleh memikirkan apakah barangan yang sesuai untuk dijadikan goody bag si cilik.


Kebiasaannya, tetamu kecil tidak memilih. Asalkan mereka mendapat sesuatu, mereka akan gembira. Namun, ia bukanlah tiket untuk melambakkan apa sahaja ke dalam goody bag mereka. Elakkan pemberian makanan rapu / junk food ke dalam goody bag mereka. Juga harus dielakkan pemberian permainan yang mungkin agak merbahaya.

       
Daripada sekecil-kecil budget hingga sebesar-besar budget, terdapat wide range of items yang boleh diisi ke dalam goody bag. Jika budget agak terhad, sediakan goody bag berisi air kotak dan biskut. Cukup. Tetamu kecil akan gembira menerimanya. Jika budget besar, pelbagai perkara lagi boleh diisi - daripada buku latihan, buku cerita, alat tulis, buah-buahan, cookies, educational toys atau apa sahaja. Yang penting, bukanlah makanan rapu. 


Bayangkan pemberian makanan rapu di dalam goody bag anak. MA tentunya akan membuang makanan tersebut. Niat penyedia goody bag untuk bersedekah tentunya terbantut dengan kemarahan ibubapa yang menerima junk food di dalam goody bag anak mereka. Anak akan turut stress kerana hadiah mereka dirampas. Timbul ketidakselesaan di antara ibubapa dan anak-anak pula.



Jika kekurangan idea di dalam memberikan goody bag anak, pemberian belon juga boleh menceriakan tetamu cilik. Sesungguhnya, tetamu cilik menyambut harijadi rakan dengan ikhlas. Anak kecil pastinya teruja jika mendapat sesuatu, hatta sebiji belon sekalipun.

Apa pun, sambutan hari jadi anak adalah untuk menggembirakan anak dan tetamu ciliknya. Insya Allah, jika kita ikhlas di dalam memberi, kemeriahan akan tetap dirasai.

3 comments:

  1. betul tu sy setuju sgt.kebanyakan ibu bapa skang suka sekali bg jajan.sepatutnya klu nak letak makanan,berilah yg berkualiti sedikit dr segi khasiatnya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! mungkin sebab jajan murah dan nampak banyak. Tapi, rasanya masih banyak pilihan lain yang murah tapi berkhasiat

      Delete
  2. Biar sikit janji org akan ingat.. Tambahan keychain/badges dlm goodie bags memberikan kelainan. Boleh layari jarisaya.blogspot.com utk gift yg comel. Tq

    ReplyDelete