The Drawback Of Phonics

Experience mengajar Adam dengan phonics berjalan dengan agak baik. Owh, phonics adalah mengajar anak membunyikan huruf untuk membentuk perkataan. Dengan erti kata lain, mengajar menggunakan bunyi. 

Ahamdulillah, nampak kemajuan pada Adam. Adam memang boleh mengeja. Mama belum start dengan bahasa Melayu. Mama start dengan English dahulu, kerana mama rasa once Adam boleh / mahir membaca in English, dia akan master BM dengan cepat. Bahasa Melayu mudah kerana Adam memang dikelilingi dengan bahasa Melayu setiap hari.

Mama boleh suruh Adam mengeja yang mudah-mudah. Hanya perlu sebut sahaja perkataan itu, dan minta Adam eja. Insya Allah, menggunakan phonics Adam berjaya mengeja dengan baik. Namun, jika disuakan dengan buku dengan perkataan yang sama, Adam nampak agak konfius. Tidak nampak relation antara kebolehan Adam mengeja dengan membaca. Mungkin sebab itulah, parents digalakkan untuk mencampur kaedah phonics dengan whole words etc. Entah, mama bukan pakar.

Cuma, dengan pengalaman yang tidak seberapa ini, mungkin kaedah read aloud dengan menunjukkan perkataan kepada anak akan lebih berkesan. 

Read aloud juga mudah untuk diamalkan. Sangat mudah, cuma perlukan sedikit masa. Paling lama pun, maybe dalam 15 minit. Carikan buku cerita atau komik dengan perkataan yang agak besar. Hanya perlu bacakan sambil jari bergerak menunjukkan apa yang dibaca. Insya Allah anak akan dapat menangkap patterns pembacaan jika kita rajin amalkan.

Banyak sebenarnya research yang telah dijalankan untuk membuat perbandingan di antara phonics dengan kaedah lain seperti whole word atau sight word. Namun, jika tidak dicuba sendiri, macam mana nak tahu.

Hendak di kata kaedah ini bagus dan kaedah itu tidak bagus, sangatlah tidak proper. Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mungkin combination kesemuanya adalah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment