Teknik Menyejukkan Suhu Badan Anak Yang Demam Panas

Bila anak demam, panik rasanya. Walaupun anak mama sudah besar, parenting skill yang macam ini rasanya macam kurang. Kadang-kadang was-was juga. Apakah betul apa yang dipraktikkan? Sebab, kalau ilmu yang sesat digunakan, maka bertambah-tambah buruk jadinya.

Suhu badan yang normal adalah di bawah 37.4C. Naik 0.1 lagi, bermakna anak anda demam. Risau dibuatnya. Apatah lagi jika Adam yang suhunya selalu menghampiri 40C. Kekejangan atau sawan boleh menyerang. Walaupun serangan mungkin hanya mengambil masa satu minit, akibatnya boleh menyebabkan kecacatan otak dan juga boleh mengundang maut. Nauzubillah.

Perkara pertama yang harus dilakukan adalah memberikan ubat demam. Jika hanya demam biasa suhu sepatutnya akan menurun. Namun, jika demam virus, ubat demam tidak akan membantu. Anak perlukan antibiotik. Ini kes yang sering berlaku kepada Adam di mana suhu tidak turun selama beberapa hari.

Anak perlu dipujuk untuk minum banyak air putih. Demam akan mengganggu selera makan anak. Jadi, jika anak tidak berselera untuk makan, tidak mengapa. Namun pastikan anak mendapat air yang banyak. Bimbang pula jika berlaku dehydration nanti.

Lapkan badan anak dengan air. Ramai ibubapa yang mengelap badan anak dengan air biasa. Namun di dalam kes yang ekstrem, ada parents yang mengelap badan anak dengan ais. Anak akan menangis kesejukan, namun sebenarnya tangisan itu adalah petanda bahawa anak kita masih di dalam keadaan sedar. Namun, mama khuatir pula jika anak diserang batuk dan selesema akibat kesejukan. 

Semoga dapat berhari raya dalam keadaan sihat sejahtera! Ameen!

No comments:

Post a Comment